Monday, January 17, 2011

Sedikit Sebanyak Gambar Poyo di KL

Entry kali ni aku takkan gunakan bahasa yang puitis,tragis mahupun sinis dah. Kali ni cuma nak bercerita sedikit sebanyak tentang 'outing' aku ke Kuala Lumpur.

Selain itu, tujuan aku me'upload' gambar-gambar ni kat blog sebab aku malas upload kat FB dek kerana nanti album ni akan timbul di dinding-dinding FB sahabat-sahabat aku. Bosan sebab nanti menjadi tumpuan ramai. Kat blog ni sapa ja yang nak tengok. Ada la 2 3 kerat seperti Kok Ain, Berusss dan Magomedov.






Terasa seperti sendi kaki aku hendak tercabut dari tempat asalnya. Terpaksa berhenti menghilangkan lelah di kaki.


Segaknya kasut Dr Cardin aku....(nak menunjuk)

Spek mata beross yang gedabak yang mampu dijadikan side mirror kereta.








Alat mekap jenama MAC yang palsu. Kalau pakai ni bukan bertambah segak, mungkin lebih teruk dari momok. Bagi 'kaki mekap' mungkin satu kepuasan dapat membeli semua alat mekap ni. Bagi aku sementara waktu ni, ia cuma 1 pembaziran kerana membeli kaler2 yang hendak diconteng ke muka.


Bazar Jalan Masjid India sesak dek kerana terlalu ramai pedistrian. Aku penah my dah kat sini dengan Kak Afrohah(kak ipaq) suatu masa dahulu.


Makhluk hijau diatas ialah orang yang bertanggungjawab membawa aku dan berosss datang ke KL.



Terdapat banyak kedai menjual saree dan barang kemas. Rasa macam kena beli sepasang la saree. Hadiah untuk Thaipusam yang bakal menjelang tak lama lagi. (hadiah untuk sapa?? Tanya Kok Ain atau Magomedov)

Tangga yang menghubungkan antara ruang utama rumah ni dan tempat aku dan beross berteduh dari hujan dan panas, mahupun dari sinaran terik sang suria dan cahaya sang rembulan.


Apa-apa pon nasi lemak mak Mira memang terbaek. Kalau buat meniaga kat KK4 ni konfem aku yang beli.
Penghargaan yang tak terhingga juga ditujukan kepada Mira selaku tuan rumah dan kepada ibu dan bapanya yang memberi layanan first class kat aku dan beross walaupun tidak dipinta layanan sebaik itu.

Kepada sesiapa yang berkesempatan untuk shoping ke Jalan Masjid India jangan lepaskan peluang untuk singgah semayang di Masjid India. Terutamanya semayang jumaat. Khutbah yang disampaikan dalam bahasa tamil (according to my brother).

Wallahualam
Ma'assalamah wa ilal liqaq

2 comments:

  1. me"upload" - meng"upload"...hurm...wut da~ rojak nye bhse ko neh!
    awal2 para dh clp, konfem kne reject cte ko ni..
    sapa Berusss? apa? igt berus jamban ka? ka beruih cuci pggn mgkuk?! haish!
    y dok berdiri tegak mcm nk p umrah tu mesti makcik y juai shawl kt masjid india kan? ada rupa mcm sepupu 'HEMAS'..MUAHAHAHA~~
    makhluk hijau tu entiti ka? ada nama dak?

    ReplyDelete