Tuesday, December 21, 2010

Mengapa sombong jika hanya dari setitis mani










Benarlah peringatan Allah di dalam Al-Quran (mafhum):
Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging; kemudian Dia mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian kamu (dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; kemudian kamu (dipanjangkan umur) hingga sampai menjadi tua dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan sebelum itu. (Allah melakukan kejadian yang demikian) supaya kamu sampai ke masa yang ditentukan (untuk menerima balasan) dan supaya kamu memahami (hikmat-hikmat kejadian itu dan kekuasaan Tuhan). [Surah Ghafir: 67]
Seterusnya, Allah berfirman di dalam Surah Al-Alaq ayat ke-2, mafhumnya;
Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
Mengapa manusia (kita) terus sombong pada Allah, dan sesama manusia...inilah asal-usul kita...daripada air mani yang kalau jatuh ke bumi, 'ayam tak patuk, itik tak sudu'... betapa kita ini berasal dari setitis air mani yang hina...

Saturday, December 11, 2010


Tanggal hari ni, 11.12.2010 member rapat aku iaitu brosss a.k.a Siti Zubidah akan dibedah utk buang tonsel dye.
Mst dye takut.sebab setiap kali dia kol n msg aku mst dia kata dia takot. Dont worry bro. Semuanya akan selamat InsyaAllah..
Aku akan doakan semoga hang cepat sembuh...



Wednesday, December 1, 2010

Kelebihan Wanita Dalam Islam (telah dicopy dr Facebook)


1.Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.

Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut,

jawab baginda,

"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3.Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,

darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah.

Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4.

Diriwayatkan oleh Abu Daud

Sahih Muslim memetik Muhammad (s.a.w.) berkata:

"Sesiapa yang membesarkan dua orang anak perempuan sehingga mereka dewasa,

dia dan aku pada hari akhirat akan adalah seperti ini; dan beliau merapatkan jari-jarinya."

5.Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.

Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.

Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6.Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7.Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8.Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu,

maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9.Daripada Aisyah r.a.

"Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10.Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.

Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11.Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12.Aisyah r.a berkata,

"Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?"

Jawab Rasulullah SAW "Suaminya."

"Siapa pula berhak terhadap lelaki?"

Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13.Perempuan apabila sembahyang lima waktu,

puasa di bulan Ramadhan,

memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya,

masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14.Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,

maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15.Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,

maka beristighfarlah para malaikat untuknya.

Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16.Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin,

maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17.Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,

keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18.Apabila telah lahir anak lalu disusui,

maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19.Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,

maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

6 JENIS WANITA MALANG

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

1.Wanita Ananah: Banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

2.Wanita Mananah: Suka membangkit-bangkit terhadap suami.

Wanita ini sering menyatakan,“Aku membuat itu keranamu”.

3.Wanita Hananah: Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain,

yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4.Wanita Hadaqah: Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu,

lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

5.Wanita Baraqah: Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya,

kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.

6. Wanita Syadaqah: Banyak cakap tidak menentu lagi bising.

*untuk kaum lelaki,anda pasti tidak akan sentiasa berada di rumah,

kerana kamu akan keluar bekerja dan melakukan lain-lain urusan yang berkaitan untuk menampung keluarga kamu..

sepanjang kamu berada di luar rumah,

maka isterilah yang bertanggungjawab ke atas urusan dalam mendidik anak-anak sepeninggalanmu..

jadi jika anda tersalah dalam memilih isteri,

maka anak-anak anda itu akan belajar dari sikap ibunya..

jadi jika guru kepada anak-anak anda itu bersikap seperti yang di nyatakan di atas,

maka akan rosaklah generasi anda..

bila anak-anak tidak mendapat didikan agama,

pasti akan membebankan dan mungkin akan berlaku derhaka kepada kedua orang tuanya..

sepatutnya anak-anak boleh menjadi aset yang berguna untuk kamu bila kamu sudah tua ataupun kamu telah meninggal dunia..

anak-anak yang soleh akan sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya samada ketika kamu masih hidup dan akan sentiasa mendoakan kesejahteraan untuk kamu di dunia dan di akhirat.

jadi di sini betapa pentingnya untuk mendapatkan pasangan hidup yang benar-benar baik,

jadi,buatlah pilihan yang bijak dan gunakanlah 9 akal kamu itu dalam memilih pasangan hidupmu supaya kamu beruntung..*

Tuesday, November 30, 2010

Hahaha


Kehidupan Nur Atikah Che Embee di Kolej Matrikulasi Perlis

Malas ingin berbicara panjang lebar..
Ini lah antara memory2 sepanjang hidupku di Kolej Matrikulasi Perlis


BARU BALIK DARI KENDURI RUMAH USTAZ ROMLI



SEMUA GHENYIH2


NAK FINAL NI, PI TENGOK BILIK TUTOR


JAMUAN RAYA : TENGAH2=CIKGU ASMAD(CIKGU KIMIA)



HAHA!!MINGGU ORIENTASI


AKU TENGAH DEMAM NI. ADUH LETIH GILA..



Sunday, November 28, 2010

Haiwan Kesayangan

Entry kali ni berkisarkan binatang peliharaan aku dan juga bukan didAalam peliharaan aku kerana binatang ini species terabcam. Tidak dibenarkan dibela dirumah.

Apabila bercakap pasal beruang, kucing ia merupakan binatang yg aku suka gila. Aku pon xtaw la apa sebabnya aku fanatik sgt 2 binatang ni.

Mungkin ia dilahirkan sebagai binatang berbulu dan mempunyai rupa paras yg sgt menawan hati aku. Dari aku kecik, hidup aku memang dah bergelumang dengan dunia kucing. Nak cerita lah serba sedikit pengalaman aku semasa aku tidak matured dulu(tp skrg org kata aku xmatured jgak,whatever la).

Kalaw aku menerima kehadiran kucing baru,iaitu baby kucing mesti aku lah manusia yg plg bahagia. Seolah-olah aku lah yg melahirkan kucing ni. Start dr beliau dilahirkan,sehingga usianya berginjak kedewasa, aku menjaganya ibarat adik aku sendiri.

Bilangan kucing rumah aku dulu sangat byk. Kadang2 mencecah 10 ekoq. So, byk la baby2 yg baru dilahirkan. Rumah aku dulu ada beranda(org selatan pggil anjung rumah kot, ntah aku pon tataw). Setiap kali kelahiran kucing baru, mak aku akan menempatkan mereka sekeluarga disitu. Dan yg menjadi ibu angkat kucing2 ni ialah aku. Sampai kadang2 mak kucing tu sendiri menyampah bila aku naik ke beranda utk menjenguk anak2 dia.

Time lunch, aku akan bawak mknn untuk mak kucing ni ke beranda. Sebab aku xmaw dia tinggal anak2 dia sowg2. Kalaw buleh aku nk anak2 dia menyusu 24 jam tanpa henti. Sebab aku takut baby dia lapaq. So mak dia xyah susah2 pi dapor utk lunch. Tp kucing kan...bknnya reti. Dah kenyang dia pon blah untuk menghirup udara segar ckit kot diluar. Aku kesian jugk kat mak dia, so aku pon izinkan mak dia keluar sat untuk beristirehat. Dan giliran aku pula utk menidurkan anak2 dia dengan membelai kepala2 baby kucing ni. Bila dah terlalu lama, aku pon ada kerja lain nak buat. So, aku pi cari mak dia balik untuk take turn jaga anak dia. So mak kucing ni pon pasrah la kena masuk pi tidoq dgn anak2 dia.

Berlalunya siang, maka malam menjelma. Bila malam menjelma aku pon dah mula risau. Aku selalu ajak mak aku pi teman baby kucing ni. Tp mak aku kata xpa aih....mak dia ada..pandai la mak depa jaga depa...so aku pon dengan bertawakal kepada Allah agar baby2 kucing ni selamat berada diluar. Mak aku ada letakkan raga beralaskan kain untuk kucing ni tidur dengan lebih selesa.


Maka siang menjelma kembali. Bangun ja dr tido aku teringat kan baby2 kucing aku. Aku pon naik terus ke beranda. Alangkah terkejutnya aku bila aku tgk baby kucing ni cuma sekor ja yg tinggal dari 3 ekor. Huhuhu.. Aku tya mak aku. Mak aku pon xtaw. Berkemungkinan baby kucing ni dimakan oleh bapa kucing atau pon musang. Aku dah sedih bagai nak gila. Menangis la aku berseorangan mengenangkan 2 ekor lg dh tiada. huhuhuhuuu... Yg tinggal cuma lagi sekor. Dan aku bertekad untuk mrlindungi dia sehingga besar. Maka aku membuat keputusan untuk bawak dia masuk tido dengan aku kat dalam bilik aku.
Hah. Pada mulanya mendapat bantahan dari mak aku,. Tpi aku berdegil jugk akhirnya kucing tu ditempatkn didalam bilik aku spaya keselamatannya terjamin. Hahaha...tidak sia2 usaha aku. Alhamdulillah...baby kucing tu dah besaw. Bila dia mula berjalan, aku dah puas hati. Aku lah manusia yg plg bahagia. Sehinggal la dia menghilangkan diri sekarang dan aku tak taw ttg kematiannya kerana dia xbalik umah....aku panggil dia wahid. Gambar Wahid yg fez tu. SEGAKKAN???

Cerita disebalik nama wahid tu panjag sgt utk aku terngkan kat cni. Entry lain aku sambung.
Yg atas ni aku wasa dia frust kot sebab awek dia jumpak beruang lain yg lg tough dan segak bergaya. Lihat sajalah bulunya yg tidak bersikat. Huh!






Penyayang sungguh beruang ni. Tengok...binatang pon sayang anak. Awat la manusia sanggup p buang anak..Astaghafirullah.....Nau'zubillah himinzalik...
Aku dah ada 3 ekor koleksi patung beruang(teddy bear) 1 farah hanim binti jasni yg bg sempena hari jd aku yg ke 18. Dia taw aku hantu beruang. Tp bkn yg ni la dia bg. ni cuma sekadar gmbr hiasan. N lg 2 ekor aku beli senirik bila ada diskaun dr RM20 somthing tinggal RM9.90. Tanpa berfikir pnjang terus aku beli.
I like panda. Mata dia menunjukkan wajahnya yg innocent. Segak sungguh!
KOALA! Hidung dia macam KOKO KRUNCH. Tu ja aku bleh ckp. N aku tringin nk p pegang dia...Ya Allah aku ingin melihat ciptaanMu yg sgt indah..
Beruang berendam. Plek jugak aku. Setahu aku badak je yg berendam. Mungkin bulunya berdaki kot. So ingin membersihkan daki2 dibadan n dibulu, caranya ialah berendam,.





Haha..setakat ini sahaja lah jari jemari aku mampu menari diatas papan kekunci untuk mengepos entry pada kali ini.



SALAM MUHIBAH
SALAM SAYANG KEPADA SEMUA BERUANG2 DAN KUCING2 DIBUMI NI.
I LOVE YOU ALL TAW...
Subhanallah. Sungguh indah segala ciptaanNya..baik dibumi dilangit dan seluruh semesta.

Saturday, November 13, 2010

Raya Korban Tahun Lepas Dalam Kenangan...




Dah mcm kari ngeri plak..pembetulan...ni daging lembu..bkn daging manusia..=)





Haah! anak menakan aku yg penat menyembelih lembu sampai tertido akhirnya..




Halaman rumah aku





Jemaah masjid yang tengah baca tahlil kat rumah aku




Pak aku yang jadi tuan rumah merangkap orang masjid jugak la







Ni haa nak habaq my..dari kiri;aku,bibik abg duan,mak n yg kecik tu akeef nu'man...






Lembu yang berkegantungan kat umah Pakcik Man dan Makcik Pora





Abg aku(poji) yg kurus kering tu sedang tekun memotong daging lembu untuk dimasak dan utk diagihkan utk penduduk setempat

CINTA RASULULLAH KEPADA UMATNYA

AIRMATA RASULULLAH SAW...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'


Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Thursday, November 11, 2010

Aku Seorang Bayi Malang

Tah tak tahulah bila masanya. Adik hairan macam mana adik berada disini, tempat ini ganjil sekali,tapi seronok. Semuanya lembut macam tidur dalam buaian, adik berenang2 terbuai2 kesana sini. Adik seorang2 saja disini. Tadi adik nampak 3 orang budak. Mereka selalu berada didepan adik, tapi tak pernah pergi dekat adik. Kenapa? Adik panggil kuat2,adik tendang buaian tapi mereka masih tak dengar pun. Abang, kakak, adik nak main. Datanglah kesini! Dengar tak! Oh¿tapi yang seronoknya, adik disini tak perlu buka mulut bila nak makan. Perut adik kadang2 kenyang, kadang2 lapar. Ada masanya tekak adik rasa pahit, rasa manis, rasa masin dan macam2 rasa. Cuma ada masanya kadang2 mata adik pedih sangat. Hidung adik sesak. Adik tak tahanlah. Oh, baru adik tahu, budak 3 orang itu ialah bang long, bang ngah dan kak lang. mereka main bersama, makan bersama, belajar bersama.

Adik nampak ada seorang lelaki dewasa melayan mereka. Adik tak tahu siapa dia. Tapi adik dengar mereka paggil dia ayah, oh dialah ayah ya. Adik nampak sepasang tangan yang besar membelai dan menggosok mereka bertiga. Tapi kenapa adik tidak dibelai seperti mereka bertiga.. hari2 adik tunggu bila tangan itu akan membelai adik. Tapi tak pernah pun ada dapat rasa.

Hairannya bila ada adik rasa tangan membelai adik, tiba2 saja adik terbau semacam minyak angin menerjah kehidung dan mata adik. Adik gosok2 mata sebab tak tahan pedih! Suatu hari adik terdengar suara itu bercakap kepada ayah, dia tak sihat, perut berangin dan muntah2. dah sebulan badan tak sihat. ayah itu cakap, jumpalah doktor. Tapi suara itu kata tak payah lah. Walaupun lelaki itu berkali2 menyuruh pergi jumpa doktor, suara itu tetap enggan.

Satu hari tu, adik rasa badan adik teruk sekali, bagaikan dipicit2 dan dipulas2. badan adik yang halus berpusing, sekejap tertonggeng keatas, sekejap tertonggeng kebawah. Adik menjerit tapi tiada siapa yang dengar. Tiba2 adik ternampak seorang wanita bercakap sesuatu. ¿Kau ni mengandung agaknya. Tengoklah perut kau tu besar sikit daripada biasa.¿Tapi suara itu kata mana ada mengandung. Haidnya masih datang macam biasa. Wanita itu cakap lagi, ¿pergilah jumpa doktar, ada juga wanita yang mengandung datang haid¿.saranan wanita itu dibalas ketawa oleh suara itu.

Oh,Kini baru adik tahu, selama ini adik berada didalam rahim ibu. Ibu mengandungkan adik rupanya. Tapi kenapa ibu tak pedulikan adik. Kenapa ibu tak nak jumpa doktor. Ibu...ibu tak dengar ke denyutan jantung adik ni setiap detik. Adik bu, adik yang ada dalam perut ibu, dalam rahim ibu.

Hari2 adik berdoa agar ibu sihat. Tapi ibu menafikan bersungguh2 adik tak wujud dalam rahim ibu. Sampai hati ibu! Ibu... ibu takut ke ibu jadi miskin bila adik keluar nanti. Ibu kan kerja bagus, gaji besar. Dah tentu ibu mampu menjaga adik. Ayah pun ada dan baik sangat. Ibu, adik janji bila adik keluar nanti, adik tak kan susah kan ibu. Adik tak akan berjaga malam minta susu. Adik tak akan nakal, adik tahu ibu penat. Tolonglah bu. Adik janji...
1
Adik pastikan ibu cukup rehat dan tidur, bila kerja nanti ibu sentiasa cergas. Ibu kan orang penting dalam syarikat. Jatuh bangun syarikat bergantung pada ibu! Cuma satu adik minta, ibu terimalah kehadiran adik. Adik makin besar. Tak lama lagi adik nak keluar. Tapi ibu tetap kerja kuat, ibu tak pedulikan kesihatan ibu. Tak pedulikan adik ke? Kerana kesibukan kerja, waktu makan minum ibu abaikan. Bu,. Adik lapar bu..laparnya bu¿adik perlukan makanan berkhasiat dari ibu!

Ibu, adik tunggu ni, bila agaknya ibu nak cakap dengan kawan2 ibu, ibu mengandungkan adik. Kalau ibu cakap adik ada dalam rahim ibu, adiklah baby paling gembira sekali. Hari itu adik amat terperanjat. Ibu buat keputusan nak pergi berubat cara kampung. Ibu sanggup bersusah payah menempuh perjalanan sukar, semata2 kerana menafikan kehadiran adik. Ibu makan berbagai ubat konon penawar penyakit.

Adik tak tahan bu. Apa yang ibu makan adik telan sekali. Pahit bu¿adik rasa sendi2 adik sakit bu, adik rasa pans, adik tenguk ibu tak sihat juga. Ibu kerap cuti sakit. Ibu masih loya2 dan muntah. Tapi ibu kata pada kawan, ibu dah sihat. Perut ibu makin besar, ramai kawan ibu kata, ibu mengandung. Perut ibu besar macam orang mengadung, tapi ibu tetap cakap ibu tak mengandung. Adik sedih sangat bu. Tak apa bu, adik tetap berdoa agar satu hari nanti ibu akan tahu, adik ada dalam rahim ibu.

Tapi ibu pula makin tertekan bila tenguk perut ibu makin besar. Ibu suka cantik! Ibu tak mahu gemuk dan buncit! Kata ibu, wanita bekerjaya mesti cantik dan bergaya. Suatu hari, ibu bertungku pula! Kata ibu bertungku boleh mengecutkan perut. Perut boleh kempis, boleh buang lemak dan angin. Sejak itu, setiap malam ibu panaskan batu. Kemudian batu panas itu ditonyoh2 pada perut ibu, sambil terlentang dan telangkup. Kali ni adik benar2 tak tahan bu. Panas bu, panassssssss!!! Adik rela mati bu! Ibu, apa dosa adik bu, Kenapa ibu buat adik begini. Ampun bu!!

Adik tak minta pun kehadiran adik. Ini takdir bu kenapa ibu tidak mahu terima takdir? Cukuplah bu, jangan siksa adik lagi. Tolonglah bu, adik tak tahan disiksa begini. Aduh bu... Pagi itu ibu pergi office, ibu rasa tak selesa pada perut, tapi ibu teruskan tugas juga. Tiba2 perut ibu, memulas sakit luar biasa. Seperti nak buang air besar. Ibu ketandas. Terkejut ibu, keluar darah yang banyak sekali, ibu cemas dan minta pertolongan dari kawan minta hantar ke klinik. Dari klinik ibu dihantar kehospital berdekatan , akhirnya keluarlah adik.

Setelah terlalu lama penantian adik bu.. adik dapat melihat dunia ibu. Cantik bu macam2 warna ada, adik tenguk ramai org disini. Tapi kehadiran adik penuh dengan tanda tanya. Semua hairan bila ibu mengandung? Ayah pun tak tahu ibu mengandung. Semua orang dalam rumah tak tahu ibu mengandung. Kehadiran adik mengemparkan semua orang. Doktor kata, adik tak cukup bulan. Adik dimasukkan kedalam incubator, tangan adik dicucuk dengan jarum besar. Sakitnya bu..hanya tuhan saja yang tahu. Macam2 wayar ada dibadan adik bu. Kenapa begini bu?

Doctor kata paru2 adik banyak air. Doctor betungkus lumus nak selamat kan adik. Adik tenguk ramai kawan2 adik dalam incubator juga. Mereka semua comel, cantik..budak perempuan mesti cantik ye bu. Tapi kenapa adik tak cantik bu? Orang kata leher adik besar, atas kepala adik lebam birat, rupa adik berbeza dengan kawan2 adik bu. Adik dengar orang kata rupa adik peliklah.. doctor kata harapan adik tipis untuk hidup, adik sedih bu..

Impian adik nak main dengan abg long, abg ngah dan kak lang mungkin tak tercapai. Tapi yang paling adik dambarkan ialah belaian dan kucupan dari ibu. Bila agaknya ibu nak cium pipi adik bu. Sejak adik lahir, ibu lansung tak mahu jumpa adik, jangankan nak peluk dan cium adik. Datanglah bu, adik nak rasa hangatnya pelukan ibu, adik nak dengar suara ibu berkata adik anak ibu, adik nak dengar ibu kata, ibu sayang sangat adik. Izinkan adik pandang wajah ibu, adik tak pernah dapat tatap wajah ibu yang menumpangkan adik dirahimnya hingga adik lahir. Tak sudi ke ibu lihat adik?

Akhirnya doctor sahkan jantung adik berhenti berdenyut. Selamat tinggal dunia, adik hanya dapat mengirup udaramu 5 jam sahaja. Kalau adik hidup pun mungkin tak sempurna. Dah tentu adik banyak menyusahkan ibu. Maafkan adik bu. Adik sedih, tapi tak apalah. Ibu, adik sangka ibu bersedih bila adik tak ada didunia.

Tapi ibu gembira, ibu bercerita tentang kehadiran adik yang tidak diudang. Kini, baru adik tahu, kenapa ibu nafikan kehadiran adik. Sebab ibu mahu menjaga kerjaya ibu. Ibu telah berjaya membawa keuntungan besar kepada syarikat. Sebagai penghargaan ibu diberi bercuti keluar negara dan segala perbelanjaan ditanggung oleh majikan.

Kalau ada adik, ibu tak dapat tumpukan pada kerja., kehadiran adik sekaligus mengganggu percutian ibu yang dijangka bertolak seminggu selepas kehadiran adik. Perancangan ibu berubah, akhirnya ibu bercuti selama 60 hari dirumah saja.ibu..adik tahu ibu menyesal, tapi ibu tidak lafazkan kekesalan ibu pada sesiapa..

Adik tahu sebab ibu menangis, ibu menjerit2 dalam hati, ibu kata baru ibu tahu yang adik lebih bernilai dari segalanya, tapi dah terlambat bu.. Ibu, biarpun kita berada dialam berbeza, adik tidak putus doakan kesejahteraan ibu...¿Ya Allah, ampunkan dosa2 ibu ku¿.. ibu, adik tetap setia menunggu sentuhan dan kucupan ibu disyurga nanti..

Jangan lupakan adik ya bu.. doakan adik bila tiap kali ibu sembahyang
Adik sayang ibu, walau apa pun, ibu tetap ibu adik
Adik yang di alam barzah..

ku adaptasikan kisah ini untuk semua bayi yang tidak sempat menjamah kasih yang terdampar didalam longkang, tong2 sampah, dalam sungai atau semak, yang dipam dalam tandas dan sebagainya..

kerana aku adalah seorang wanita dan seorang manusia yang penuh dengan kasih dan sayang..maka aku sangat menyayangi mereka..semoga mereka damai disyurga..

luv alwayssss....

Luahan perasaan aku....


Tanggal 10 November 2010 pada pukul lebih kurang 3 p.m. aku ditimpakan dengan ujian yang agak dasyat pada pandangan mata kasarku. Padaku, sudah menjadi lumrah bila time exam aku didemamkan oleh Allah, disakitkan perut, dan ditimpakan dengan macam-macam lagi saket. Aku terima pemberian Allah tu sebagai peringatan dariNya untuk aku sentiasa tidak lupa padanya. Menurut artikel yang aku baca, Allah lebih dekat dengan orang yang sakit dan bagi hamba yang muslim sakit merupakan nikmat kepada mereka dan bukan bentuk siksaan.




Hmm...tapi aku nak luahkan perasaan ni..bila aku saket aku dilayan ibarat seorang baby oleh kakak2 rumate ku.huhu...tapi hari ni aku dah sehat...dapat layanan seperti dulu balik..huuuaaaa!!!


Kadang2 best jugak sakit ni..tapi kadang2 bila sakit tu kita teringat masa kita sihat dulu...manusia ni memang xreti makna syukur..astaghafirullah...

Aku rasa xpernah aku tido hampir 18 jam. Tapi dek kerana sakit semalam,aku tido hampir2 je la 18 jam. huh! dh mcm koma. Padahal demam jew. Anak manja! Bak kata kok ain dan kok yah.


Haa...gambar diatas ni la yg tulong aku pi beli ubat PANADOL ACTIFAST yang gedabak besaw. Siti Zubidah Jamrus (brossss). Makaseh no... Jasamu kukenang sepanjang hayat..
Dan tidak dilupakan kepada Kok Ain yang mengofer kan aku kalaw nak dia buat apa2 gtaw sj dia.. Dan yg memberikan nasihat kepada aku soh pi menyejukkan diri dengan mandi iaitu Kok Suha. Tidak dilupokan jugak Kok Yah dan Kok Iz yg dtg melawat dengan berbekalkan sebijik epal merah sebagai buah tgn. Dan akhir sekali Kok Cah yg xsempat nk melawat aku dek kerana bz dengan kerjanya.


Jasa kamu semua kukenang sepanjang hayat!!


Itu sahaja sepatah 2 kata dari aku untuk kali ni..next paper THERMODYNAMICS OF CHEMICAL ENGINEERING...Janganlah sakit dah...Ya Allah, sihatkan lah tubuh badan ku sehingga tamat peperiksaan ni ya Allah...

Monday, November 8, 2010

Mak..........

Kisah pengorbanan ibu menyusukan anaknya

Cerita ni aku ambil dari laman Susuibu.com. Di'post' oleh mnorhuda, dia pun dapat dr emel. Siapa pemilik cerita ni aku pun tatau (kalau pemiliknya baca, minta izin yer paste kat sini..)

just to share..
sharing is caring =D

---------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum Mak..
Adik rasa begitu pantas nya waktu berjalan
Terlalu bosan rasanya bila mak tanpa disisi
Sedar tak sedar hampir setahun mak pergi tinggalkan adik
Terasa baru semalam adik tidur dgn mak

Mak..
Mak igt tak adik dr kecil smpi besar
Suka tido dgn mak?
Hehehe mesti mak igtkan dgn perangai
Anak bongsu mak sorang nie

Disaat spt itu lah mak suka
Bercerita dgn adik ..terutamanya
Pengalaman mak menjaga adik dari bayi lagi

Mak..
Mak pernah cerita kat adik
Mcm mana mak bersalin kan adik dulu
Mak cakap adik tak cukup bulan kan ??
Mak bersalin kan adik semasa
Kandungan berusia 7 bulan

Mak cakap mak mengalami kemalangan
Berlanggar dengan lori sedangkan
Mak pula ketika itu hanya
Menaiki basikal tua tuk
Menjual kuih..masa mak cerita tu
Adik sedih..sedih sangat…
Mak ingat tak?

Mak ckp mak tak sedarkan diri
Dan perlu melakukan pembedahan
Demi menyelamatkan adik
Tapi dengan kuasa ALLAH
Adik selamat…

Mak..
Pada saat itu bermula lah pengorbanan mak
Mak ingat tak mak ada cerita kat adik
mcm mana mak menyusukan adik??
Mak cakap, adik tak boleh menyusu mak terus
Sebab adik kena duduk dlm “kotak oksigen”
Dan keadaan adik masa tu agak kritikal
Sebab mak cakap berat adik tak sampai 1 kg

Tapi mak tak pernah putus asa
Mak tak bagi doctor & misi tu
Bagi susu tepung kat adik
Mak cakap nak guna susu mak kan ??

Mak cakap dulu tak tau pasal pam2 nie
Jadi mak perah guna tangan jer la
Lagu pon mak kata kita tak mampu
Nak beli pam sebab bapak pon
Kerja sebagai tukang kebun jer
Di jabatan kerajaan mana la nak cari duit nak
Belikan mak pam& nak beli susu tepung

Mak..
Mak tau tak perasaaan adik masa tue???
Rasa macam nak cium2 jer mak
Lepas tu nak jerit mcm nie
MAK ADIK SYGKAN MAK SGT!!!!
Mak berkampung di hospital tu sampai sebulan
Mak cakap kalo nak bagi susu kat adik
Kena guna tiub yg disediakan…masa tu
Mak kata hati mak sakit sgt bila tgk adik dlm keadaan
Yg mcm tue…

Lepas tu mak cerita kat adik lagi
Mak kata doctor suruh mak keluar wad
Sebab mak terlalu lama kat sana & adik pulak
Masih kena tinggal di dlm kotak oksigen tu lagi..

Mak tanya doctor susu mcm mana??
Doktor cakap guna susu dari hospital
Mak meronta-ronta tak nak
Mak kata mak akan hantar susu
Doctor tak ada pilihan melainkan
Setuju dengan mak..

Bila adik tanya mak cam mana mak hantar susu
Sebab hospital masa tu agak jauh…
Mak jawab mak jalan kaki la…

Mak…
Walaupon mak jawab ngan senyuman
Tak dapat adik bayangkan keadaan mak masa tue..
Subuh 2 mak kuar umah jalan ke hospital
Tak boleh naik basikal sbb kesan operate tu terasa lagi..
Mak tunggu di hospital smpi ler maghrib..
Mak dah perah siap2 tuk malam nnt bg nurse…

Mak..

Mak igt tak adik ada tanya kat mak
Kenapa mak sanggup wat mcm tue??
Mak jawab mak nak adik ‘hidup ‘
Dan sihat walaupon keadaan adik kritikal..


Mak cakap hanya guna susu mak jer
Yang boleh bagi adik sihat
Sebab mak cakap susu mak byk khasiat..
Bila adik tanya mak apa khasiat nya??
Hehehe mak senyum jer..
mak cakap mak tak tau byk
Cuma mak tau byk antibody jer…

Tapi mak ada cakap gak..
Apa-apa pemberian dr ALLAH
Itu adalah yg terbaik dlm hidup manusia
Cth nya mcm susu mak nie…
Mak cakap tak der susu lain yg terbaik
Selain dari susu mak kan ??

Mak
3 bulan dah berlalu tapi mak cakap adik tak kuar lagi
Sebab adik mengalami masalah pernafasan
Oleh itu adik kena bergantung ‘tong oksigen ‘
Tapi mak kata adik dah tak dok dlm ‘kotak oksigen ‘
Mak gembira kan ??? walaupon mak kena bg susu
Guna tiub tapi mak penuh sabar menjaga adik..

Mak..
Mak ada cakap selepas 2 minggu br adik kuar hospital
Mak seronok sangat2…adik tanya kenapa??
Mak jawab tu la pertama kali adik menghisap ‘tek’ mak
Hehehehe kita gelak sakan bila mak cerita kisah tue.
Mak igt tak???

Mak ...
Bila adik dah membesar mak masih menyusukan adik kan ??
Yong (kakak) cakap adik paling lama hisap susu mak
Yong cakap sampi umur adik 4 tahun..
Bila adik tanya mak naper lama sangat??
Mak jawab mak nak adik SIHAT betol2
mak tak nak adik sakit lagi

Mak...
Mak igt tak dari kecik sampai la adik tingkatan 2
Hidung adik asyik berdarah jer kan ..
Hehe anak mak nie asyik susah kan mak jer kan ??
Tapi mak tak pernah bersungut..

Mak …
Dah berbelas-belas tahun berlalu
Anak bongsu mak nie masih hidup & sihat
Anak mak ni cemerlang dlm semua bidang
Mak tentu bangga kan ??

Mak..
Mak tau kenapa adik boleh jadi cm nie??
Ini semua kerana penat lelah mu mak
Kerana menyusukan ku..
Dari hasil SUSU mu itu la adik bole jadi mcm nie..

Mak…
Mak igt tak semasa adik balik dr ngaji
Kain baju kurung adik terkoyak..
Adik cakap kat mak adik terjatuh kat tangga surau kan ??
Tapi sebenar nya adik jatuh dari pokok mempelam
Belakang surau tu..mak tau kan anak mak ni suka makan pelam.

Mak..
Tujuan adik menipu tu tak nak bg mak marah
Adik takut kena pukul..tapi bila malam tiba
Adik cakap terus terang jer..
Mak terus cium adik,adik tanya mak kenapa?
Mak kata mak tau adik tak kan menipu mak
Sebab anak yg minum susu ibu nya dengan baik
Hati nya lembut dan takkan sesekali nak melukai hati ibu nya..
Masa mak cakap tu adik dah nangis dah …

Mak ..
Adik teringat mak jaga anak nyah dulu..
Mak marah betol ngan nyah
Sebab nyah tak bagi anak nya susu badan sepenuh nya..
Mak cakap nyah PEMALAS…
Mak marah betol masa tue sampai mak tak bercakap ngan nyah..
Mak..
Maafkan la nyah…tapi mak berdegil tetap ada perasaan marah jugak
Mak kata kalo mak ada susu dah lama mak bg kat cucu mak tue...
Sampai mcm tu skali mak marahkan nyah..
Akhirnya nyah akur ..nyah pam susu dan hantar kat mak..
Baru mak senyum

Mak..
Baru adik tau kedegilan ku dapat dari sapa
Hehehhe semestinya dari mak kan ???
Mak degil masa nyah bg susu tepung tue..
Mak tak bagi susu tepung tu kat cucu mak
Malah mak tepon nyah suruh balik susukan anak
Begitu kuat pendirian mak..

Mak..
Sekarang adik dah besar & br start kerja
Adik seronok sgt bila dapat gaji bagi kat mak duit..
Mak pon mastu seronok kan ??
Sekarang mak suruh adik bwk balik kwn adik tue
Mak cakap mak nak kenal kan ??

Adik dah bawak balik mak…
Mak suka sgt ngan pilihan adik
Tapi mak adik tak serius lagi masa tue…
Mak marah adik…

Mak terus cakap kat kawan adik
Kalo betol suka kan adik
Suruh dia ambik adik jadi isteri yg sah..
Adik terkedu betol masa tu
Hati adik meronta-ronta tak nak kawin lagi

Pada 08.02.2008 adik kahwin jugak
Mak igt tak masa adik gi honeymoon kat langkawi
Adik bawak mak ngan bapak sekali??
Kita ada jumpa seorang perempuan nie
Menyusukan anak dia guna botol..
Mak tanya dia guna susu apa
Perempuan tu jawab guna susu ENFALAC
Terus jer mak tanya naper tak guna susu sendiri
Huhuuhu perempuan tu malu2 alah jer nak jawab
Katanya susah la..
Aduhai…mak mengeluh panjang bila dengar jawapan tue..


Mak
Mak ingat tak mak berceramah panjang ngan perempuan tue
Sampai perempuan tu pergi tempat tersorok menyusukan
Anak nya guna susu badan nya..
Alahai mak ku smpi mcm tu sekali pendirian mak..

Mak
Pada awal August 2008 mak dah mula sakit
Mak cakap mak sakit pingang
Jenuh ku dah bawak ke pakar
Doctor ckp ada masalah saraf tunjang
Tak lama pastu mak mula rs kebas2
Disebelah kanan..
Adik terus bawak mak pergi hospital
Doktor sah kan mak lumpuh separuh badan

Mak..
Mak tau tak cm mana perasaan adik masa tue??
Rasa nya jantung adik terhenti seketika waktu tue
Rasa nya hati ni di carik2
Rasa nya badan nie melayang2 di udara
Isk..isk…isk adik tak tahan mak …
Tak tahan tgk mak seperti itu…

Mak…
Selepas mak dikeluarkan hospital
Kami adik beradik beli
Semua kelengkapan mak
Supaya mudah tuk mak
Melakukan fisioterapi di umah

Mak..
Mak dah sebulan mak mcm nie
Tak ada perubahan tapi adik
Tak akan putus asa adik akan ikut
Semangat mak cm mak susu kan adik dulu

Mak..
Mak igt tak adik mandikan mak setiap kali
Adik balik kerja?? mak igt tak??
Ada satu hari lepas adik mandikan mak
Adik terus cium mak adik cakap kat mak
Yang adik mengandungkan??
Masa tu mak suka betol…manis betol senyuman mak

Mak
Malam tue adik nak basuh berak mak
Mak tak bagi adik dukung mak..
Mak kata takut adik gugur lak nnt sbb mak berat
Tapi adik nie degil jugak ..adik angkat jugak mak
Gi toilet ngan menantu mak tue…

Lepas tu adik pakai kan mak pampers
Tapi mak menangis …
Mak kata tak sia2 mak SUSUkan adik
Isk..isk..isskk adik terus peluk mak
Sampai tertido kan ??
Ermm anak mak ni masih suka tido ngan mak tau…

Mak..
Tak lama lagi kita nak raya..
Abang dah belikan baju kat mak cantikkan??
Mak senyum jer…

Mak
Lagi 2 hari nak raya ni mak…
Pagi tu adik mintak resepi nak buat rending tok kat mak
Sebab mak suruh adik masakkan??
Tapi malam tu mak sesak nafas
Abang cepat2 bawak mak gi hospital

Mak..
Sekali lagi jantung anak mak terhenti seketika
Kali ni hati adik macm dihiris2
Bila doctor cakap paru2 mak di jangkiti kuman
Hampir 80% dan peluang tuk hidup amat tipis

Mak..
Ni malam raya …mlm ni adik tak tido ngan mak yer
Adik balik nak buat rendang mak..
Malam ni kak chik jaga mak yer..
Subuh sok adik datang bawak rendang
Adik datang mcm mana mak dtg antar susu kat adik dulu..

Mak..
Ari ni kita raya mak senyum jer..
Mak suka yer anak2 mak ada kat mak
Adik suap mak rendang adik masak
Tapi mak ckp tak rasa apa pun
Adik tau mak dah tak ada deria rasa

Mak sekarang keadaan mak makin lemah
Adik beraya ngan mak atas katil hospital
Mak igt tak adik mintak ampun ngan mak
Adik mintak mak ampunkan segala dosa adik
Dan mintak halalkan mkn minum adik
Tapi mak kata adik tak da dosa ngan mak
Iskk..iskk adik terharu betul masa tue
Pastu mak ckap mak HALALkan susu yg mak
Berikan pada adik
Ya Allah masa tu hati adik hancur berkecai
Adik peluk mak sampai tak nak lepas kan mak..

Mak
Hari dah malam ni nak masuk ari ke-4 kita raya
Malam ni adik tido ngan mak kan ??
Malam ni adik nak peluk mak..
Tapi takut nurse marah adik baring atas katil mak..
Tapi tak per la adik peluk tangan mak jer…
Tapi mak senyum jer...

Mak..
Malam tue mak tido lmbt mak kata mak tak boleh tido
Adik teman mak kan ??
Mak pesan kat adik supaya adik jaga kandungan tue..
Mak suruh nanti asuh anak sebaik mungkin
Mak suruh adik janji yang adik akan susukan anak adik
Mak cakap jgn bg susu lembu…
Mak suruh adik Janji ngan mak kan ???
Mak igt tak??

Mak
Hari dah pagi nie.. nape mak tak bukak mata lg??
Bila adik panggil lemah jer mak bukak mata
Adik panggil doctor
Doctor cakap PLS PREPARE….
Mak jangan tinggal kan adik!!!!!!

Mak…
Hari nak malam nie…
Keadaan mak semakin nazak
Kami bawak mak balik umah
Mak tau tak
Ms dlm perjalanan nak balik tu adik bwk keta
Dlm keadaan separuh sedar..
Kenangan bersama berputar dlm kepala ni
Air mata tak mampu nak tahan

Mak..
Sampai di umah mak kuar dr ambulans..
Mak kami letak atas tilam..
Sesudah nya nurse tanggalkan oksigen
Mak tgk anak2 & bapak
Tak sampai 10 minit…..pukul 10.05mlm
Isk…isk.. mak TINGGALKAN KAMI..

Mak ...
Jam 11.30 tgh hari mak dimandikan
Anak2 mak yang mandikan mak
Mak mesti rasa bertapa lembut nya kami gosok badan mak kan ..
Adik gosok kaki ngan tangan mak…mak nmpk kan ??
Lepas tu mak di kapan kan ..dan di bawa ke masjid tuk disembahyangkan

Mak ..
Mak tau tak abang yang jadi imam solat jenazah mak utk mak..
Mak mesti tau kan …

Mak
Malam tu adik kemaskan barang mak
Adik Nampak sepucuk surat ..
Rupa nya surat mak kepada anak2 mak...
Mak cakap mak maaf kan semua anak2 mak
Mak HALAL kan susu yg mengalir dlm tubuh
Semua anak2 mak..
Mak pesan bagi susu badan kat cucu dia
Isk..isk masa tu nyah menangis teruk

Mak..
Sejak ari tu mmg kami adik beradik
Mmg berjanji akan bg susu badan kat anak2 kami
Akan kami jaga anak kami mcm mak jaga kami..

Mak..
Selepas mak pergi mak dapat 4 cucu sekali gus..
Mak tau tak…adik dapat anak lelaki
Kalo mak ada mesti mak suka kan ??
Adik nama kan cucu mak MUHAMMAD DANISH


MAk..
Adik kotakan janji adik pada mak
Adik susukan Danish mak..
Tapi Danish suka guna botol la mak
Tapi susu nya tetap susu adik
Mak jangan risau yer..
Kalau dulu mak boleh bg susu mak dlm tiub
Kenapa adik tak boleh bagi susu adik dlm botol kan ??
Adik tak nak MALAS mcm nyah dulu..
Mak tau tak sekarang dari empat ,tiga cucu baru mak tue
Sepenuhnya menyusu badan…
Anak kak chik tue campur sebab kak chik ada masalah skit
Tapi kak chik pon tgh usahakan jugak

Mak..
Adik tak sempat belajar ngan mak pasal penyusuan nie
Adik belajar ngan FORUM RATU HATI...
Mak tentu bangga kalo adik cerita kat mak pasal susu ibu nie’
Tapi mak..adik tak sempat nak cerita kat mak..
Mak tau tak kat forum nie ramai pejuang spt mak
Pejuang utk kekalkan anak2 mereka sentiasa sihat..
Mcm mak berjuang untuk susukan adik dulu..

Mak…
Cukuplah sampai disini dulu..
Nanti kawan2 kat forum nie sedih pulak..
Adik tak nak diorang sedih…
Adik diorang baca cerita mak ni sbg pembakar semangat
Untuk menyusu anak mereka..

Mak..
Mak jangan mara yer adik cerita kat forum nie..
Adik nak share pengalaman mak pada semua kaum ibu
Supaya menjadi renungan…

Mak..
Adik nak mak tau..yg ketika ini perasaan rindu tu
Semakin menebal sehingga menusuk2 hati nie
Terasa sakit nya mak..kerana menanggung rindu
Tapi yg adik mampu hanya sedekah al fatihah jer..
Adik berenti dulu yer mak… ASSALAMUALAIKUM