Thursday, November 11, 2010

Luahan perasaan aku....


Tanggal 10 November 2010 pada pukul lebih kurang 3 p.m. aku ditimpakan dengan ujian yang agak dasyat pada pandangan mata kasarku. Padaku, sudah menjadi lumrah bila time exam aku didemamkan oleh Allah, disakitkan perut, dan ditimpakan dengan macam-macam lagi saket. Aku terima pemberian Allah tu sebagai peringatan dariNya untuk aku sentiasa tidak lupa padanya. Menurut artikel yang aku baca, Allah lebih dekat dengan orang yang sakit dan bagi hamba yang muslim sakit merupakan nikmat kepada mereka dan bukan bentuk siksaan.




Hmm...tapi aku nak luahkan perasaan ni..bila aku saket aku dilayan ibarat seorang baby oleh kakak2 rumate ku.huhu...tapi hari ni aku dah sehat...dapat layanan seperti dulu balik..huuuaaaa!!!


Kadang2 best jugak sakit ni..tapi kadang2 bila sakit tu kita teringat masa kita sihat dulu...manusia ni memang xreti makna syukur..astaghafirullah...

Aku rasa xpernah aku tido hampir 18 jam. Tapi dek kerana sakit semalam,aku tido hampir2 je la 18 jam. huh! dh mcm koma. Padahal demam jew. Anak manja! Bak kata kok ain dan kok yah.


Haa...gambar diatas ni la yg tulong aku pi beli ubat PANADOL ACTIFAST yang gedabak besaw. Siti Zubidah Jamrus (brossss). Makaseh no... Jasamu kukenang sepanjang hayat..
Dan tidak dilupakan kepada Kok Ain yang mengofer kan aku kalaw nak dia buat apa2 gtaw sj dia.. Dan yg memberikan nasihat kepada aku soh pi menyejukkan diri dengan mandi iaitu Kok Suha. Tidak dilupokan jugak Kok Yah dan Kok Iz yg dtg melawat dengan berbekalkan sebijik epal merah sebagai buah tgn. Dan akhir sekali Kok Cah yg xsempat nk melawat aku dek kerana bz dengan kerjanya.


Jasa kamu semua kukenang sepanjang hayat!!


Itu sahaja sepatah 2 kata dari aku untuk kali ni..next paper THERMODYNAMICS OF CHEMICAL ENGINEERING...Janganlah sakit dah...Ya Allah, sihatkan lah tubuh badan ku sehingga tamat peperiksaan ni ya Allah...

No comments:

Post a Comment