Tuesday, January 11, 2011

Aku Tetap Aku

AKU TETAP AKU, TIADA LAIN MELAINKAN AKU



Hidup tidak selalunya indah. Kadang-kadang hidup dilimpahi dengan nikmat dari Allah. Tapi bila Allah turunkan bala, kita mengeluh. Itu lah manusia. Leka dengan nikmat, merungut dengan ujian.
Sedikit renungan yang lintas dalam benak aku malam ni.

Tak tahu nak cakap apa dimalam yang hening,kedengaran sautan cengkerik dan ungas bersahut-sahutan. Disebalik tirai malam kedengaran deruman enjin lori dan bas diatas lebuhraya yang menghubungkan Gambang dengan negeri-negeri pantai timur yang lain.

Melihat setiap orang ahli bilik aku yang masing-masing sibuk dengan tugas harian mereka, bermain game dilaptop masing-masing. Sedangkan aku buntu untuk berbicara. Terasa ingin meluahkan sesuatu,tapi tidak tahu apa yang harus disampaikan.

Dentuman muzik yang mampu memecahkan gegendang telinga merupakan rutin harian aku setiap masa. Sehinggakan Kok Ain mampu mendengarnya walaupun dipisahkan dengan jarak lebih kurang setengah meter.

Apa yang bakal terjadi dengan dunia pada esok hari? Mungkin akan ada manusia yang akan pergi menoreh getah mencari rezeki yang halal, mungkin ada budak sekolah yang tak sabar-sabar nak pergi sekolah kerana terlalu 'excited' untuk belajar subjek Kajian Tempatan, semuanya telah direncanakan Allah S.W.T.

Aku seorang yang kalut, gopoh, kecoh. Itulah pengakuan berani mati oleh teman rapat aku seperti Siti Zubidah, Wan Norain dan Mohamad Norzuhri. Walau apa pun aku tetap aku. Menceriakan hari dengan gelak ketawa. Hidup terasa sunyi tanpa gurau senda yang menggeletek perut. Terasa berada dibawah pengawasan askar-askar Israel jika sehari tanpa gelak ketawa bersama teman-teman rapatku. Tetapi harus diingat, tidak boleh terlalu seronok. Biar berpada. Menjadi bahan ketawa kakak-kakak bilik aku menjadi satu lumrah hidup aku. Tetapi aku seronok kerana mampu mengukir senyuman dibibir orang lain.

Walau macam mana pon aku, aku tetap aku. Itu lah aku dan sememangnya aku ialah aku tiada lain selain aku.


Medambakan seorang teman hidup yang boleh menerima aku sebagaimana aku. Yang mampu menjadikan aku seorang hamba Allah yang sentiasa rindukan dan mengharapakan cintaNya lebih dari cinta manusia. Tidak perlu memiliki wajah seindah Nabi Yusuf, cukup sekadar tenang mata memandang. Tidak hanya lelaki yang ingin memiliki wanita yang sejuk mata memandang, begitu juga dambaan seorang wanita mengidamkan yang sama. Tidak perlu terlalu kaya, takut akan timbul riak dan sombong dihati, cukup sekadar hidup tidak merempat agar tidak menyusahkan orang lain. Memiliki akhlak semulia Rasulullah S.A.W. mungkin sukar dicari. Tetapi cukup jika tidak melanggar larangan Allah dan mengerjakan perintahNya. Mudah-mudahan dipertemukan dengan jodoh dari Allah.

Menggemari gambaq melayu, gambaq ngeri ialah aku. Tidak dinafikan terasa lembut lutut jika berhadapan dengan situasi sebenar jika cerita-cerita ngeri itu terjadi dihadapan mata. Tetapi aku rasakan terlalu suka melihat gambar-gambar dan cerita yang lain dari yang lain.

Akhir kata, ibu dan bapaku adalah insan teristimewa dalam hidup aku. Tidak dapat digambarkan hidup tanpa mereka. Tetapi mati itu pasti. Itu adalah janji Maha Pencipta. Terkadang teringat kembali memori indah aku bersama arwah Abg Dee. Harapan aku agar dipertemukan dengan insan-insan yang aku sayangi di syurgaNya nanti. Amin ya Rabb..

4 comments:

  1. apa?
    hang igt ni crita peterpan ka?
    pusat mencari jodoh?
    grammar hancos!!
    repeat BM len sem dpn!
    FAIL ni karangan mcm ni~~

    ReplyDelete
  2. hahaha...
    la...kami ingat hampa tacing gila baca sentuhan kami malam ni...
    kami xtaw nak buat perumpamaan.so kami main reka seniri ja.
    n lagi 1 kami telah diajar utuk menerangkan secara detail segala bnda yang kami tulis.so kami ckp la budak tu xcited nk blajaq kajian tempatan.sb dlu kmi xsukan sbjek tu.maybe budak tu suka kjian tmptn....akhir kata....xsedih ka cita kami ni?kami nk bg semua owg baca tacing hbes...

    ReplyDelete
  3. giler!!lebam mate aku menangis..
    sedih ~~

    ReplyDelete
  4. huh!amacam sentuhan aku? hebat bukan? ni baru ckit...tggu kdtgan keajaiban karya aku diwaktu lain..
    hg menangis smpy meraung2 la tu.mcm aku xtaw.

    ReplyDelete