Sunday, November 6, 2011

100% Muncul Dari Hati Aku



Hola!
Salam Aidiladha buat semua penganut agama islam seluruh dunia.

Seperti biasa, sudah lama tidak ada posting, hari ni, saat ini, detik ini, micro detik ini rasa teringin bercakap mengenai ciri-ciri suami idaman hati! kehkehkeh. Sound macam gatal, gedik nak menikah. But it is reality right. Semua orang mengidamkan pasangan hidup mereka memenuhi kriteria-kriteria yang didambakan oleh sang hati.

Kenapa aku nak bercakap pasal ni? Sebab pejam celik-pejam celik umur semakin meningkat. Tak lama lagi, akan ada sang putera idaman hati yang menaiki kuda belang, memakai kain pelikat, berbaju teluk belanga, memakai spek, datang masuk meminang. Kehkehkeh.. (khayalan semata-mata)

The fact is sebab ramai member-member aku yang seumur dengan aku dah memasuki fasa keberapa ntah dalam kehidupan iaitu alam perkahwinan. Wah! Bunyinya macam excited ja dengaq kawan-kawan sepermainan, sekelas dah jadi bini orang, mak orang, apak orang. Mungkin takdir depa menikah awai kot. Better menikah dari kehulu kehiliaq tanpa sebarang ikatan yang sah. Berdua-duaan. Ingat! Kalau berdua-duaan lelaki perempuan yang bukan mahram, sapa yang ketiga?? haa... Lu pikiaq la senirik!

Kadang-kadang terdetik dalam hati kecil aku, bila la gamak-gamaknya aku nak menikah. Dan persoalan yang paling besar, SAPA LA YANG BAKAL BERGELAR SANG SUAMI AKU?? So, the answer is still the 3 question mark. We never know. Tengok-tengok kawan sekolah yang kena penumbuk dengan kita yang jadi hubby kita. Tak ke pellik tu. Risau jugak. kehkeh. But we never know.

Lets move on to the main point. CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN! kehkehkeh. Ok. Banyak aku baca kat internet ciri-ciri lelaki idaman mesti la GENTLEMAN! Pada perspektif depa, gentleman tu merujuk kepada perbuatan lelaki yang menunjukkan kemachoan diri dengan tulong bukak pintu kereta, tulong pegang beg-beg shoping yang banyaknya sama dengan 3 kontena, yang tulong tarikkan kerusi kat meja makan dan belambak lagi. Tu perspektif, atau sudut pandang kebanyakkan wanita dibumi ni.
But aku, lain sikit la. Tak dinafikan kalau aku dapat suami yang cenggitu pun, mawu 24 jam ja berbunga hati ni. Tapi pada aku, maksud gentleman yang sebenar bila lelaki tu sentiasa menghormati perempuan tu. Tak kisah belum berkahwin ataupon sudah berkahwin. Means kat sini, kalau sebelum berkahwin tu, aku suka lelaki yang menjaga batas-batas pergaulan dengan perempuan yang bukan muhrim dia( actually aku konfius word muhrim and mahram, sory kalu salah guna term). Bukan yang sikit-sikit nak TERsentuh, nak TERpegang tangan, in other word, semua TER la. Fedap aku lelaki cenggitu. Pelempang maw?

Next kriteria, SPECKY man! kehkehkeh. Ni aku pon tak pasti apa reason aku suka lelaki berkaca mata. Memang sejak azali lagi la. Buleh kata semua satu UMP taw aku suka laki pakai spek! Pakai spek yang memang betol-betol rabun la. Bukan sekadar pesen. Kalu pesen, dia tak selalu pakai. Ikot mood. Tak best. So biaq yang betoi-betoi rabun. Walaupon certain orang kata rabun tu separuh dari kecacatan, pada aku, rabun tu yang buat lelaki tu jadi manis. Kahkahkah.

Proceed. LAWAK. Yang ni part paling best. Best kot kalau dapat husband yang pandai buat lawak. Tapi tak mau la yang perkara serius pon nak dijadikan lawak. Tu maknanya mencari maut tu. Aku tikam jugak kang. Orang tengah seriyus, dia dok buat lawak pulak. Awek muda beb! Mana tak nya, hati senantiasa ceria. Boleh menghiburkan hati yang duka(ayat gramatis). Rasulullah pon suka bergurau dengan isteri-isteri baginda. Untuk menghiburkan hati-hati si isteri. So sweet..

TINGGI. Mengikut kadar purata ketinggian seorang wanita, aku ni kategori wanita yang tinggi la. Tu sebab kalau buleh aku nak husband yang tinggi dari aku. Biaq lebih tiga inci setengah pon dari aku. Tak kesah. Sebab aku nak pakai high heel time nak menikah nanti. Kehkehkeh.. Tapi kalau dah ditakdirkan dapat yang kurang tinggi pon aku redha dengan pemberianNya. Ada hikmah tu.

Last but not least, TAK GARANG. Kahkahkah. Seriyau aku kalau dapat laki garang. Tanya sikit, kena makan pelempang. Tanya sikit kena makan penampor. Tak rela hidup cenggitu. Baik bujang sampai ke tua dari asyik kena marah. Ingat la wahai para-para lelaki yang bakal bergelar suami, perempuan ni tak suka kekasaran. Kalau pempuan ada buat salah pon, tegor baik-baik. InsyaAllah, semua akan back to normal. Bak kata pakar motivasi yang suka pakai blazer kaler marler tu(yg selalu kuar hot fm), kalau sang suami tegur lembut2, maw cair sampai kesudah sang isteri tu, and he is exactly true!

Kesemua ciri-ciri yang aku bagi tu nampak gaya macam lahiriah sikit kan. So sebenar-benar kriteria yang paling utama iaitu AD-DIN, agama. Aku tak payah hurai panjang lebaq. Cukup la kalau aku menikah dengan dia, hidup aku makin dekat dengan Allah. Dan semoga aku dididik dan dibimbing untuk mampu menjadi bidadari kepada suami aku di syurga nanti.

Tak semua apa yang kita impikan, kita akan dapat. Mungkin apa yang kita nak, ia adalah buruk untuk kita, dan apa yang kita tak nak tu adalah yang terbaik untuk kita( some verse in Quran, aku tak ingat surah apa). Kita hanya mampu merancang, but the one will make it come true only Allah. Kurangkan agenda mencari yang soleh, tapi tingkatkan amalan untuk menjadi lebih solehah.

Kau permaisuri di hatiku
Di dunia ini kau penghibur
Menjunjung kasih amanah Ilahi
Ku cuba akan terus menyayangi
Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tanganmu oh kasih
Meniti hari

Semoga kita dapat bersama
Sampai kepadanya
Di syurga sana

Tuhan kekalkanlah
Permaisuri hatiku
Untuk menemani
Dalam menggapai cintamu

Hijjaz-Permaisuri hatiku

Wednesday, October 12, 2011

Lelaki yang kacak untuk didampingi.





Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi,bukan malaikat dan sebagainya".
Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah.

Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang lelaki yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.Tetapi orang yang kacak itu akan berkata :"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata:

"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat.""Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat -malaikat dari syurga"

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi. Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat.

Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu di dunia.

Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar.

kredit: siti zalina abdul kadir
Disedut dari blog tokwan..

Friday, October 7, 2011

Uniknya wanita

Ya Allah, mengapa wanita sering menangis?

Jawabnya:

Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
AKu kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
AKu lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
AKu kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
AKu teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
AKu berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
AKu kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana AKu berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

Taken from: Informasi Dot My

Wednesday, October 5, 2011

Indahnya Memaafkan & Menahan Marah

"Tidaklah sedekah itu mengurangi harta, dan tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan sifat memaafkan kecuali kemuliaan, serta tidaklah seorang hamba merendahkan diri karena Allah melainkan Allah meninggikan darjatnya". (HR. Muslim)

Nabi bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR. Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)

Nabi bersabda, "Tidaklah seorang itu suka memaafkan, melainkan dia akan semakin mulia." (HR. Muslim)

Allah berfirman, "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya di waktu senang maupun di waktu sempit, dan orang-orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan orang. Allah suka kepada orang yang berbuat kebajikan." (Ali Imran : 133-134)

Nabi pernah bersabda: "Dilaporkan kepada Allah semua perbuatan manusia pada setiap hari khamis dan Isnin, lalu Allah 'Azza Wa Jalla mengampuninya pada hari itu juga, diampunkan setiap orang yang tidak syirik (menyengutukan) sesuatu dengan-Nya, kecuali sesiapa yang sedang bermusuhan, iaitu Allah berfirman untuknya: Tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai , tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai." (HR Muslim)

"Dan jika kalian memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang". (At Taghobun: 14)

"Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani". (al-Nuur: 22)

- Artikel iluvislam.com

Thursday, September 29, 2011

when it come to the matter of heart it is very hard


“Mencintai seseorang bukanlah apa-apa. Dicintai seseorang adalah sesuatu. Dicintai oleh orang yang kau cintai sangatlah bererti. Tapi, dicintai oleh Sang Pencipta adalah segalanya.

Untaian kalimat yang seakan menusuk ulu hati saya, teringat bahawa selama beberapa bulan yang lalu begitu saya dibutakan oleh cinta yang palsu. Ya, cinta telah melumpuhkan fikiran saya dan memainkan emosi saya dengan begitu mudah hebat

Cinta…

Saya pernah dibuat mabuk cinta. Entah bila saya mula berkenalan dengannya, dengan cinta yang membuat saya seperti bukan diri saya yang sebelumnya. Cinta yang membuat saya rela melanggar prinsip yang bertahun-tahun saya pertahankan, yang telah membuat saya buta dan tuli dan mampu melakukan sesuatu yang sebelum ini tidak pernah saya lakukan, membenarkan sesuatu atas nama cinta.

Cinta tidak membuat saya berubah menjadi lebih baik tetapi sebaliknya.

Cinta yang dulu saya kenal membuat saya mudah sekali menangis sampai mata saya lebam. Kalau dikumpulkan mungkin air mata saya sudah sebaldi penuh. Cinta itu membuat saya mampu bangun ditengah malam kerana HP saya berdering, membuat saya rela berjaga sehingga pagi menjelang, hanya untuk berbual dengannya.

Padahal jika alarm pukul 3 pagi sepatutnya membangunkan saya untuk bertemu Sang Pemilik Jiwa, sering saya matikan dan terlelap kembali. Kalaupun terjaga, hanya tahujjud singkat. Tidak selama seperti saya berbual – bual dengan seseorang itu. Separah itu cinta membutakan saya saat itu.

Dan kini, bagaimana khabarnya cinta itu? Dimana dia yang dulu selalu ada untuk saya? Semua sudah tidak ada lagi bersama saya. Sedangkan DIA yang selalu saya abaikan, yang selalu saya datangi hanya ketika saya memerlukanNYA, DIA tidak pernah berganjak menjauhi dari saya, bahkan ketika saya bersendirian DIA yang selalu menemani saya, menghapus air mata saya, mengubati luka hati saya.

DIAlah yang menggantikan apa yang hilang dari saya dengan yang lebih baik, jauh lebih baik dari yang saya harapkan. Tidak ingin lagi diri ini terjerumus pada cinta yang seperti itu lagi, saya ingin mengenal cinta yang datangnya hanya dari DIA dan kepada DIA saya persembahkan.



Tuhan…saat aku menyukai seorang sahabat, ingatkanlah aku bahawa ada sebuah pengakhiran sehingga aku tetap bersama yang tidak pernah berakhir.

Tuhan…jika aku hendak mencintai seseorang, temukanlah aku dengan orang yang mencintaiMU agar bertambah kuat cintaku padaMU.

Tuhan…ketika aku sedang jatuh cinta, jagalah cinta itu agar tidak melebihi cintaku padaMU.

Tuhan…ketika aku mengucap aku cinta padamu, biarkanlah ku katakan kepada yang hatinya tertaut padaMU, agar aku tak jatuh dalam cinta yang bukan keranaMU.

Disalin dari aku.islam dan ditampal disini.

Saturday, September 24, 2011

Spirit Of Guava and Citrullus Lanatus!




Bismillah hi awwalu wal akhiru..

Sedang dunia sebok dengan urusan masing-masing, memandu bas sekolah, menjadi petani dikebun sayur, memasak makanan untuk anak-anak dan suami, menjadi pegawai dipejabat, aku juga tidak ketinggalan untuk mencuba nasib untuk menjadi seorang enterpreneur.

Berbekal kan duit lebihan gaji masa cuti sem hari tu, aku dengan sedikit semangat dari busines partner aku, akak ipaq aku dan jugak mak aku, aku cuba untuk berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Tidak lain dan tidak bukan hanya untuk menambah sedikit duit poket. Dengan harapan yang aku letakkan pada perniagaan aku ni supaya dihujung sem tak payah dah mak dan apak aku dok kena hantaq duit kat aku. InsyaAllah, semoga dengan berkat niat dan sedikit usaha yang aku dan partner aku letak, mudah-mudah perniagaan kami berjalan dengan lancar.

Blog ni mungkin medium yang kurang seswai untuk aku mengembangkan bisnes local fruit kami. Tapi saja ja cuba nasib. Tak taw nak buat apa petang-petang ni. Macam besa la, pegang buku tangan kanan, tangan kiri pegang bantal. Pikir keja sekolah otak kanan, otak kiri pikir tilam.

All the best untuk sesiapa sahaja yang baru ingin memulakan perniagaan.

Wallahualam.

Friday, September 9, 2011

Such a Great Family



Jika hendak dihitung segala pengorbanan mak, maka sehingga habis nyawa belum tentu dapat mengetahui jumlahnya. Jika hendak dikira pengorbanan pak, maka sehingga akhir hayat belu tentu selesai mengira.

Bila aku sendiri keluar mencari rezeki, mengenal erti penat lelah mencari sesuap rezeki, baru aku sedar bukan mudah untuk mencari duit. Merasai susah payah mencari duit. Tapi itu tak terbanding dengan susah payah pak aku yang berhujan, berpanas untuk menyara 4 orang anak dirumah. Makan, pakai, pelajaran. Namun aku kagum. Tanpa ada kelulusan universiti, tanpa ada sijil spm, tapi pak mampu membesarkan aku dan abang-abang sehingga apa yang kami dah capai sekarang. Abang-abang aku dah mampu mengukirkan senyuman diwajah pak. Mesti terdetik didalam hati kecilnya, tidak sia-sia aku berhujan berpanas dulu, kalau ini adalah hasilnya. Aku bersyukur dengan kurniaanMu ini ya Allah. Setiap anak adam yang lahir didunia ini mempunyai rezeki mereka masing-masing.

Dengan hanya membantu serba sedikit, aku dapat merasai betapa letihnya seorang ibu yang menguruskan rumah tangga. Walaupun tidak bekerja, hanya duduk dirumah, namun itu lebih memenatkan dari bekerja di pejabat. Sebuah rumah diuruskan seorang diri. Dari bab memasak sehingga bab mengemas. Tetapi gaji tidak dibayar. Setiap titik peluhnya yang keluar adalah ikhlas demi anak-anak dan suami. Walaupun mak tak sehebat wanita-wanita lain yang mempunyai kerjaya yang hebat, tapi di mataku mak adalah wanita yang sangat aku sanjung dan wanita yang hebat yang pernah aku jumpa seumur hidupku. Dari aku sebesar tapak tangan, kini aku lebih besar darinya =)

Aku tak mampu melakukan apa yang mak dan pak telah lakukan kepadaku. Tetapi apa yang aku harapkan aku dapat membalas jasa mereka dengan membuat mereka bahagia dan merasa bersyukur kerana melahirkan dan membesarkan aku dan abang-abang. Bukankah menjaga ibu bapa sewaktu usia tua mereka dijanjikan ganjaran yang maha besar dariNya? Aku berharap aku dan abang-abang tidak menjadi seperti mereka-mereka yang saling tolak menolak tanggungjawab menjaga ibu bapa sendiri. Ya Allah, jadikanlah aku dan abang-abang aku seorang anak yang soleh dan solehah dan jadikan lah aku dan abang-abang aku seorang hambaMu yang akan berbakti kepada orang tuaku sehingga akhir usia mereka ya Allah. Kau lindungilah aku dan abang-abangku dari menjadi anak yang derhaka ya Allah. Sesungguhnya pedih balasanMu untuk mereka yang derhaka kepada orang tua mereka ya Allah. Peliharalah kami ya Allah. Peliharalah kami dari menjadi seorang anak yang tidak mengenang jasa orang tuanya ya Allah.


Buat arwah Abg Dee (faizal), pemergianmu amat dirasai. Aku gembira dikurniakan 3 orang abang. Tetapi aku redha jika Allah berkehendakkan abg dee. Kita semua akan kesana satu hari nanti. Sumpah, aku sangat rindukan abg dee. Yes, honestly deep down in my heart aku cemburu melihat keluarga orang lain yang lengkap dengan ahli keluarga. Walaupun aku kehilangan seorang abang, namun aku dikurniakan dengan seorang kakak dan 4 orang anak sedara. Betapa gembiranya aku menyambut kelahiran setiap seorang dari mereka. Seolah mereka menggantikan kehilangan seorang abang aku. Kehilangan orang yang terlalu rapat, ahli keluarga memang sangat pedih untuk diterima. Dia pernah bersama kita satu ketika, tapi, dia terpaksa pergi dulu.


I HAVE a SUCH VERY GOOD TIME WHEN WE ARE TOGETHER. EVEN NOW WE ARE FAR AWAY, EVERY MOMENT THAT WE HAVE GO TROUGH, WILL ALWAYS IN MY MIND.