Friday, September 9, 2011

Such a Great Family



Jika hendak dihitung segala pengorbanan mak, maka sehingga habis nyawa belum tentu dapat mengetahui jumlahnya. Jika hendak dikira pengorbanan pak, maka sehingga akhir hayat belu tentu selesai mengira.

Bila aku sendiri keluar mencari rezeki, mengenal erti penat lelah mencari sesuap rezeki, baru aku sedar bukan mudah untuk mencari duit. Merasai susah payah mencari duit. Tapi itu tak terbanding dengan susah payah pak aku yang berhujan, berpanas untuk menyara 4 orang anak dirumah. Makan, pakai, pelajaran. Namun aku kagum. Tanpa ada kelulusan universiti, tanpa ada sijil spm, tapi pak mampu membesarkan aku dan abang-abang sehingga apa yang kami dah capai sekarang. Abang-abang aku dah mampu mengukirkan senyuman diwajah pak. Mesti terdetik didalam hati kecilnya, tidak sia-sia aku berhujan berpanas dulu, kalau ini adalah hasilnya. Aku bersyukur dengan kurniaanMu ini ya Allah. Setiap anak adam yang lahir didunia ini mempunyai rezeki mereka masing-masing.

Dengan hanya membantu serba sedikit, aku dapat merasai betapa letihnya seorang ibu yang menguruskan rumah tangga. Walaupun tidak bekerja, hanya duduk dirumah, namun itu lebih memenatkan dari bekerja di pejabat. Sebuah rumah diuruskan seorang diri. Dari bab memasak sehingga bab mengemas. Tetapi gaji tidak dibayar. Setiap titik peluhnya yang keluar adalah ikhlas demi anak-anak dan suami. Walaupun mak tak sehebat wanita-wanita lain yang mempunyai kerjaya yang hebat, tapi di mataku mak adalah wanita yang sangat aku sanjung dan wanita yang hebat yang pernah aku jumpa seumur hidupku. Dari aku sebesar tapak tangan, kini aku lebih besar darinya =)

Aku tak mampu melakukan apa yang mak dan pak telah lakukan kepadaku. Tetapi apa yang aku harapkan aku dapat membalas jasa mereka dengan membuat mereka bahagia dan merasa bersyukur kerana melahirkan dan membesarkan aku dan abang-abang. Bukankah menjaga ibu bapa sewaktu usia tua mereka dijanjikan ganjaran yang maha besar dariNya? Aku berharap aku dan abang-abang tidak menjadi seperti mereka-mereka yang saling tolak menolak tanggungjawab menjaga ibu bapa sendiri. Ya Allah, jadikanlah aku dan abang-abang aku seorang anak yang soleh dan solehah dan jadikan lah aku dan abang-abang aku seorang hambaMu yang akan berbakti kepada orang tuaku sehingga akhir usia mereka ya Allah. Kau lindungilah aku dan abang-abangku dari menjadi anak yang derhaka ya Allah. Sesungguhnya pedih balasanMu untuk mereka yang derhaka kepada orang tua mereka ya Allah. Peliharalah kami ya Allah. Peliharalah kami dari menjadi seorang anak yang tidak mengenang jasa orang tuanya ya Allah.


Buat arwah Abg Dee (faizal), pemergianmu amat dirasai. Aku gembira dikurniakan 3 orang abang. Tetapi aku redha jika Allah berkehendakkan abg dee. Kita semua akan kesana satu hari nanti. Sumpah, aku sangat rindukan abg dee. Yes, honestly deep down in my heart aku cemburu melihat keluarga orang lain yang lengkap dengan ahli keluarga. Walaupun aku kehilangan seorang abang, namun aku dikurniakan dengan seorang kakak dan 4 orang anak sedara. Betapa gembiranya aku menyambut kelahiran setiap seorang dari mereka. Seolah mereka menggantikan kehilangan seorang abang aku. Kehilangan orang yang terlalu rapat, ahli keluarga memang sangat pedih untuk diterima. Dia pernah bersama kita satu ketika, tapi, dia terpaksa pergi dulu.


I HAVE a SUCH VERY GOOD TIME WHEN WE ARE TOGETHER. EVEN NOW WE ARE FAR AWAY, EVERY MOMENT THAT WE HAVE GO TROUGH, WILL ALWAYS IN MY MIND.

1 comment: