Cinta
Hidup ini takkan pernah lekang dari semua kedukaan yang disebabkan oleh manusia. Hanya iman yang teguh kepada Maha Pencipta yang mampu menerima semua ini dengan ketenangan. Disebalik raut wajah yang tenang, jangan engkau pernah menyangka jiwanya tidak pernah bergelodak. Disebalik tawa riangnya jangan engkau sangka tidak pernah gugur air dari kelopak matanya. Disebalik senyum manisnya jangan engkau sangka tiada duka dihatinya. Disebalik nasihat, pandangan yang diberikan jangan disangka ianya diberikan dalam keadaan tersenyum riang. Segala pemberian, segala gelak tawa, senyum manis dan raut wajah yang tenang hanyalah bukti kekuatan kerana adanya Allah disebalik setiap insan yang bergelar islam. Tatkala hati hancur seribu, yang mencantumnya kembali ialah Allah. Tatkala air mata berguguran, yang mengesat tangisan itu ialah Allah. Tatkala harapan itu musnah, yang memberi kembali semangat ialah Allah. Bernafas, berdiri, jatuh bangunku sekarang, di sebaliknya ada Allah.
Yang benar:
Hati
No comments:
Post a Comment