Tanggal hari ni, 11.12.2010 member rapat aku iaitu brosss a.k.a Siti Zubidah akan dibedah utk buang tonsel dye.
blog dari manusia kepada manusia dan hanya untuk manusia tiada lain selain dari manusia
Saturday, December 11, 2010
Wednesday, December 1, 2010
Kelebihan Wanita Dalam Islam (telah dicopy dr Facebook)
1.Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut,
jawab baginda,
"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3.Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,
darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah.
Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4.
Diriwayatkan oleh Abu Daud
Sahih Muslim memetik Muhammad (s.a.w.) berkata:
"Sesiapa yang membesarkan dua orang anak perempuan sehingga mereka dewasa,
dia dan aku pada hari akhirat akan adalah seperti ini; dan beliau merapatkan jari-jarinya."
5.Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6.Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7.Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8.Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu,
maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9.Daripada Aisyah r.a.
"Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10.Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.
Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11.Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12.Aisyah r.a berkata,
"Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?"
Jawab Rasulullah SAW "Suaminya."
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?"
Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
13.Perempuan apabila sembahyang lima waktu,
puasa di bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14.Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,
maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15.Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,
maka beristighfarlah para malaikat untuknya.
Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16.Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin,
maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17.Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18.Apabila telah lahir anak lalu disusui,
maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19.Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,
maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

6 JENIS WANITA MALANG
“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”
1.Wanita Ananah: Banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
2.Wanita Mananah: Suka membangkit-bangkit terhadap suami.
Wanita ini sering menyatakan,“Aku membuat itu keranamu”.
3.Wanita Hananah: Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain,
yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
4.Wanita Hadaqah: Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu,
lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
5.Wanita Baraqah: Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya,
kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.
6. Wanita Syadaqah: Banyak cakap tidak menentu lagi bising.

*untuk kaum lelaki,anda pasti tidak akan sentiasa berada di rumah,
kerana kamu akan keluar bekerja dan melakukan lain-lain urusan yang berkaitan untuk menampung keluarga kamu..
sepanjang kamu berada di luar rumah,
maka isterilah yang bertanggungjawab ke atas urusan dalam mendidik anak-anak sepeninggalanmu..
jadi jika anda tersalah dalam memilih isteri,
maka anak-anak anda itu akan belajar dari sikap ibunya..
jadi jika guru kepada anak-anak anda itu bersikap seperti yang di nyatakan di atas,
maka akan rosaklah generasi anda..
bila anak-anak tidak mendapat didikan agama,
pasti akan membebankan dan mungkin akan berlaku derhaka kepada kedua orang tuanya..
sepatutnya anak-anak boleh menjadi aset yang berguna untuk kamu bila kamu sudah tua ataupun kamu telah meninggal dunia..
anak-anak yang soleh akan sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya samada ketika kamu masih hidup dan akan sentiasa mendoakan kesejahteraan untuk kamu di dunia dan di akhirat.
jadi di sini betapa pentingnya untuk mendapatkan pasangan hidup yang benar-benar baik,
jadi,buatlah pilihan yang bijak dan gunakanlah 9 akal kamu itu dalam memilih pasangan hidupmu supaya kamu beruntung..*
Tuesday, November 30, 2010
Kehidupan Nur Atikah Che Embee di Kolej Matrikulasi Perlis
Sunday, November 28, 2010
Haiwan Kesayangan
Yg atas ni aku wasa dia frust kot sebab awek dia jumpak beruang lain yg lg tough dan segak bergaya. Lihat sajalah bulunya yg tidak bersikat. Huh!
Penyayang sungguh beruang ni. Tengok...binatang pon sayang anak. Awat la manusia sanggup p buang anak..Astaghafirullah.....Nau'zubillah himinzalik...
Aku dah ada 3 ekor koleksi patung beruang(teddy bear) 1 farah hanim binti jasni yg bg sempena hari jd aku yg ke 18. Dia taw aku hantu beruang. Tp bkn yg ni la dia bg. ni cuma sekadar gmbr hiasan. N lg 2 ekor aku beli senirik bila ada diskaun dr RM20 somthing tinggal RM9.90. Tanpa berfikir pnjang terus aku beli.
I like panda. Mata dia menunjukkan wajahnya yg innocent. Segak sungguh!
KOALA! Hidung dia macam KOKO KRUNCH. Tu ja aku bleh ckp. N aku tringin nk p pegang dia...Ya Allah aku ingin melihat ciptaanMu yg sgt indah..
Beruang berendam. Plek jugak aku. Setahu aku badak je yg berendam. Mungkin bulunya berdaki kot. So ingin membersihkan daki2 dibadan n dibulu, caranya ialah berendam,.Saturday, November 13, 2010
Raya Korban Tahun Lepas Dalam Kenangan...
Thursday, November 11, 2010
Aku Seorang Bayi Malang
Adik nampak ada seorang lelaki dewasa melayan mereka. Adik tak tahu siapa dia. Tapi adik dengar mereka paggil dia ayah, oh dialah ayah ya. Adik nampak sepasang tangan yang besar membelai dan menggosok mereka bertiga. Tapi kenapa adik tidak dibelai seperti mereka bertiga.. hari2 adik tunggu bila tangan itu akan membelai adik. Tapi tak pernah pun ada dapat rasa.
Hairannya bila ada adik rasa tangan membelai adik, tiba2 saja adik terbau semacam minyak angin menerjah kehidung dan mata adik. Adik gosok2 mata sebab tak tahan pedih! Suatu hari adik terdengar suara itu bercakap kepada ayah, dia tak sihat, perut berangin dan muntah2. dah sebulan badan tak sihat. ayah itu cakap, jumpalah doktor. Tapi suara itu kata tak payah lah. Walaupun lelaki itu berkali2 menyuruh pergi jumpa doktor, suara itu tetap enggan.
Satu hari tu, adik rasa badan adik teruk sekali, bagaikan dipicit2 dan dipulas2. badan adik yang halus berpusing, sekejap tertonggeng keatas, sekejap tertonggeng kebawah. Adik menjerit tapi tiada siapa yang dengar. Tiba2 adik ternampak seorang wanita bercakap sesuatu. ¿Kau ni mengandung agaknya. Tengoklah perut kau tu besar sikit daripada biasa.¿Tapi suara itu kata mana ada mengandung. Haidnya masih datang macam biasa. Wanita itu cakap lagi, ¿pergilah jumpa doktar, ada juga wanita yang mengandung datang haid¿.saranan wanita itu dibalas ketawa oleh suara itu.
Oh,Kini baru adik tahu, selama ini adik berada didalam rahim ibu. Ibu mengandungkan adik rupanya. Tapi kenapa ibu tak pedulikan adik. Kenapa ibu tak nak jumpa doktor. Ibu...ibu tak dengar ke denyutan jantung adik ni setiap detik. Adik bu, adik yang ada dalam perut ibu, dalam rahim ibu.
Hari2 adik berdoa agar ibu sihat. Tapi ibu menafikan bersungguh2 adik tak wujud dalam rahim ibu. Sampai hati ibu! Ibu... ibu takut ke ibu jadi miskin bila adik keluar nanti. Ibu kan kerja bagus, gaji besar. Dah tentu ibu mampu menjaga adik. Ayah pun ada dan baik sangat. Ibu, adik janji bila adik keluar nanti, adik tak kan susah kan ibu. Adik tak akan berjaga malam minta susu. Adik tak akan nakal, adik tahu ibu penat. Tolonglah bu. Adik janji...
1
Adik pastikan ibu cukup rehat dan tidur, bila kerja nanti ibu sentiasa cergas. Ibu kan orang penting dalam syarikat. Jatuh bangun syarikat bergantung pada ibu! Cuma satu adik minta, ibu terimalah kehadiran adik. Adik makin besar. Tak lama lagi adik nak keluar. Tapi ibu tetap kerja kuat, ibu tak pedulikan kesihatan ibu. Tak pedulikan adik ke? Kerana kesibukan kerja, waktu makan minum ibu abaikan. Bu,. Adik lapar bu..laparnya bu¿adik perlukan makanan berkhasiat dari ibu!
Ibu, adik tunggu ni, bila agaknya ibu nak cakap dengan kawan2 ibu, ibu mengandungkan adik. Kalau ibu cakap adik ada dalam rahim ibu, adiklah baby paling gembira sekali. Hari itu adik amat terperanjat. Ibu buat keputusan nak pergi berubat cara kampung. Ibu sanggup bersusah payah menempuh perjalanan sukar, semata2 kerana menafikan kehadiran adik. Ibu makan berbagai ubat konon penawar penyakit.
Adik tak tahan bu. Apa yang ibu makan adik telan sekali. Pahit bu¿adik rasa sendi2 adik sakit bu, adik rasa pans, adik tenguk ibu tak sihat juga. Ibu kerap cuti sakit. Ibu masih loya2 dan muntah. Tapi ibu kata pada kawan, ibu dah sihat. Perut ibu makin besar, ramai kawan ibu kata, ibu mengandung. Perut ibu besar macam orang mengadung, tapi ibu tetap cakap ibu tak mengandung. Adik sedih sangat bu. Tak apa bu, adik tetap berdoa agar satu hari nanti ibu akan tahu, adik ada dalam rahim ibu.
Tapi ibu pula makin tertekan bila tenguk perut ibu makin besar. Ibu suka cantik! Ibu tak mahu gemuk dan buncit! Kata ibu, wanita bekerjaya mesti cantik dan bergaya. Suatu hari, ibu bertungku pula! Kata ibu bertungku boleh mengecutkan perut. Perut boleh kempis, boleh buang lemak dan angin. Sejak itu, setiap malam ibu panaskan batu. Kemudian batu panas itu ditonyoh2 pada perut ibu, sambil terlentang dan telangkup. Kali ni adik benar2 tak tahan bu. Panas bu, panassssssss!!! Adik rela mati bu! Ibu, apa dosa adik bu, Kenapa ibu buat adik begini. Ampun bu!!
Adik tak minta pun kehadiran adik. Ini takdir bu kenapa ibu tidak mahu terima takdir? Cukuplah bu, jangan siksa adik lagi. Tolonglah bu, adik tak tahan disiksa begini. Aduh bu... Pagi itu ibu pergi office, ibu rasa tak selesa pada perut, tapi ibu teruskan tugas juga. Tiba2 perut ibu, memulas sakit luar biasa. Seperti nak buang air besar. Ibu ketandas. Terkejut ibu, keluar darah yang banyak sekali, ibu cemas dan minta pertolongan dari kawan minta hantar ke klinik. Dari klinik ibu dihantar kehospital berdekatan , akhirnya keluarlah adik.
Setelah terlalu lama penantian adik bu.. adik dapat melihat dunia ibu. Cantik bu macam2 warna ada, adik tenguk ramai org disini. Tapi kehadiran adik penuh dengan tanda tanya. Semua hairan bila ibu mengandung? Ayah pun tak tahu ibu mengandung. Semua orang dalam rumah tak tahu ibu mengandung. Kehadiran adik mengemparkan semua orang. Doktor kata, adik tak cukup bulan. Adik dimasukkan kedalam incubator, tangan adik dicucuk dengan jarum besar. Sakitnya bu..hanya tuhan saja yang tahu. Macam2 wayar ada dibadan adik bu. Kenapa begini bu?
Doctor kata paru2 adik banyak air. Doctor betungkus lumus nak selamat kan adik. Adik tenguk ramai kawan2 adik dalam incubator juga. Mereka semua comel, cantik..budak perempuan mesti cantik ye bu. Tapi kenapa adik tak cantik bu? Orang kata leher adik besar, atas kepala adik lebam birat, rupa adik berbeza dengan kawan2 adik bu. Adik dengar orang kata rupa adik peliklah.. doctor kata harapan adik tipis untuk hidup, adik sedih bu..
Impian adik nak main dengan abg long, abg ngah dan kak lang mungkin tak tercapai. Tapi yang paling adik dambarkan ialah belaian dan kucupan dari ibu. Bila agaknya ibu nak cium pipi adik bu. Sejak adik lahir, ibu lansung tak mahu jumpa adik, jangankan nak peluk dan cium adik. Datanglah bu, adik nak rasa hangatnya pelukan ibu, adik nak dengar suara ibu berkata adik anak ibu, adik nak dengar ibu kata, ibu sayang sangat adik. Izinkan adik pandang wajah ibu, adik tak pernah dapat tatap wajah ibu yang menumpangkan adik dirahimnya hingga adik lahir. Tak sudi ke ibu lihat adik?
Akhirnya doctor sahkan jantung adik berhenti berdenyut. Selamat tinggal dunia, adik hanya dapat mengirup udaramu 5 jam sahaja. Kalau adik hidup pun mungkin tak sempurna. Dah tentu adik banyak menyusahkan ibu. Maafkan adik bu. Adik sedih, tapi tak apalah. Ibu, adik sangka ibu bersedih bila adik tak ada didunia.
Tapi ibu gembira, ibu bercerita tentang kehadiran adik yang tidak diudang. Kini, baru adik tahu, kenapa ibu nafikan kehadiran adik. Sebab ibu mahu menjaga kerjaya ibu. Ibu telah berjaya membawa keuntungan besar kepada syarikat. Sebagai penghargaan ibu diberi bercuti keluar negara dan segala perbelanjaan ditanggung oleh majikan.
Kalau ada adik, ibu tak dapat tumpukan pada kerja., kehadiran adik sekaligus mengganggu percutian ibu yang dijangka bertolak seminggu selepas kehadiran adik. Perancangan ibu berubah, akhirnya ibu bercuti selama 60 hari dirumah saja.ibu..adik tahu ibu menyesal, tapi ibu tidak lafazkan kekesalan ibu pada sesiapa..
Adik tahu sebab ibu menangis, ibu menjerit2 dalam hati, ibu kata baru ibu tahu yang adik lebih bernilai dari segalanya, tapi dah terlambat bu.. Ibu, biarpun kita berada dialam berbeza, adik tidak putus doakan kesejahteraan ibu...¿Ya Allah, ampunkan dosa2 ibu ku¿.. ibu, adik tetap setia menunggu sentuhan dan kucupan ibu disyurga nanti..
Jangan lupakan adik ya bu.. doakan adik bila tiap kali ibu sembahyang
Adik sayang ibu, walau apa pun, ibu tetap ibu adik
Adik yang di alam barzah..
ku adaptasikan kisah ini untuk semua bayi yang tidak sempat menjamah kasih yang terdampar didalam longkang, tong2 sampah, dalam sungai atau semak, yang dipam dalam tandas dan sebagainya..
kerana aku adalah seorang wanita dan seorang manusia yang penuh dengan kasih dan sayang..maka aku sangat menyayangi mereka..semoga mereka damai disyurga..
luv alwayssss....





