Saturday, November 6, 2010

KEPADA SEMUA WANITA MUSLIM

Ini fesyen bertdung zaman sekarang yang dibanggakan ramai. Hadis nabi, “Barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka“.. – Riwayat Abu Daud.

RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KEPADA MEREKA…

tudung

Agenda kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam. Adakah ini suatu kebetulan? Sememangnya agenda Kristian itu amat dahsyat untuk menjahanamkan umat Islam. Mungkin ramai yang tidak mengetahuinya. Sebar-sebarkanlah. Selamatkan wanita Islam..

Ya Allah, lindungi kami..

Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan. Gayanya tak ubah seperti birawati kristian laknatullah. Jauhilah dari memakai sebegini. Agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian.

CINTA SEORANG IBU DAN AYAH

SAYANGNYA SEORANG IBU

Mak, Ibu, mama, ummi, atau apa sekalipun panggilan manja yang anda gunakan untuk memanggil mereka tetap sahaja niat dan tujuan kita semua sama. Adalah untuk memanggilnya dengan panggilan yang beliau suka dan merasakan lebih dihormati oleh setiap anak-anaknya. Jika kita mengambil masa dan waktu yang terluang untuk mengimbas kembali di saat-saat mereka bersabung nyawa ingin melahirkan kita ke dunia, Subhan-ALLAH! Tidak setanding dengan pemberian hadiah yang sudah kita berikan. Tangan yang mengayun buaian tanpa mengenal erti penat adalah untuk kita semata-mata agar dapat merasakan nikmat tidur yang nyaman. Tangan mereka juga tidak pernah kenal erti jemu mengasuh dan mendidik diri kita hinggalah kita bisa melangkahkan kaki ke alam dewasa.

Jika kita diberi kesempatan untuk mengendong ibu kita di belakang bahu, lalu mengelilingi kaabah bersamanya sebanyak tujuh kali, belum tentu kita dapat membalas setitik air susu yang diminum kita sewaktu bayi. Masya-ALLAH! Kata-kata ini saya pinjam daripada Dr Haji Fadhillah Kamsah. Lihatlah wahai para sahabat ku, betapa hebatnya cinta seorang ibu terhadap diri kita. Betapa hebatnya setiap kasih dan sayang yang telah diberikan oleh beliau! Namun, masih ramai di antara kalian semua yang tidak pernah mahu menghargai setiap kebaikan dan keikhlasan mereka itu. Malah kalian masih bisa mengguris dan membekaskan lagi luka di hati mereka.


KASIHNYA SEORANG BAPA

Beratnya untuk melepaskan dia pergi. Selama ini, tangan ini yang membelainya. Selama ini, hati ini yang selalu bimbangkannya.

Sejak suara tangisnya yang pertama, sejak ku laungkan azan di telinganya, aku begitu mengasihinya. Ya, dia adalah permata hatiku. Namun, dia bukan selamanya milikku....

Rumah ini, cuma persinggahan dalam perjalanannya menuju kedewasaan. Dan kini sudah hampir masanya kau pamit. Walaupun di hatiku tercalar sedikit rasa pahit, tapi siapalah aku yang boleh menahan perjalanan waktu? Siapakah aku untuk menahan realiti kedewasaan? Maafkan aku wahai anak....

Bukan aku tidak tega, tetapi kerana terlalu cinta!

Hatiku tertanya-tanya, apakah ada insan lain yang boleh menjaganya sepenuh hati. Sejak bertatih, aku melihat jatuh bangunnya tanpa rasa letih. Siapakah yang membalut luka hatinya dalam kembara itu nanti?

Aku jauh......bila segalanya bertukar tangan, amanah akan diserahkan. Aku tahu saat itu aku mesti mula melepaskan. Itu satu hakikat.

Cinta bukan bereti mengikat... tetapi melepaskan, membebaskan.

Kau umpama anak burung yang telah bersayap, telah mampu terbang membelah awan, meninggalkan sarang. Apakah aku terlalu dungu untuk terus membelenggu?

Puteriku... kau terpaksa ku lepaskan.... Apakah si dia mampu menyayanginya seperti aku? Ah, mengapa rasa curiga ini datang bertandang. Bukankah segalanya telah di putuskan sejak dia membisikkan bahawa hatinya telah diserahkan kepada 'si dia'- lelaki pilihannya? Bukankah segala perbincangan musim lalu telah terungkai dan keputusannya telah dimeterai?

Namun... hati ayah.... Hati abah... pasti ada gundah. Sudah pasrah, tapi diguris goyah. Bolak-balik hati ini wahai anak...terlalu laju untuk dipaku.

Tepatkah plihanmu? Tepatkah keputusanku? Namun siapakah kita yang boleh membaca masa depan? Layakkah kita mengukur kesudahan di batas permulaan?

Sangka baik jadi penawar. Kau anak yang baik, insyaAllah pilihanmu juga baik. Tuhan tidak akan mengecewakanmu. Jodohmu telah ditentukan. Dan ketentuan Allah itu pasti ada kebaikan!

Kekadang, aku diserbu seribu pertanyaan. Apakah aku masih di hatinya setelah dia bersuami nanti? Atau aku hanya akan menjadi tugu kenangan yang dijengah sekali-sekala?

Bukan, bukan aku membangkit, jauh sekali mengungkit...upayaku mendidikmu bukan suatu jasa. Itu hanya satu amanah.

Namun, ketika usia menjangkau senja, aku pasti semakin sepi......aku akan mengulang-ulang kisah lama yang penuh nostalgia. Diulit oleh kenangan indah musim lalu, ketika dia begitu manja di sisi. Aku ingin mendengar lagi suaranya yang dulu-dulu. Mengadu tentang ini dan itu. Bercerita dan berkisah, dengan lidahmu yang petah dan lagak yang penuh keletah.

Pergilah. Aku rela. Allah bersamamu.

Doaku mengiringi setiap langkah di alam rumah tanggamu nanti. Moga si dia akan menjaganya seperti aku menjaga ibunya, umminya.

Aku akan bersangka baik. Justeru Allah itu menurut sangkaan hamba-hamba-Nya. Aku bersangka baik, insyaAllah, dia dan aku akan mendapat yang terbaik.




"Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapakku dan kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil."



Fasa Perubahan



Zaman usia berganjak ke 15 tahun
Perubahan umur yang meningkat ke 18 tahun
Sehingga sekarang yang telah berusia 20 tahun 1 bulan 3 hari

Friday, November 5, 2010

Makhluk Allah Yang Aku Sayang

KELUARGA PAK EMBEE CONSIST OF:
1. MAK (RADZIAH) & PAK (CHE EMBEE)
2. ABG DUAN (MOHD NASIR)+KAK IPAQ (AFROHAH)=ARIFF NAJMUDDIN,AKEEF NU'MAN DAN ADRIANA NAJLA (ANAK-ANAK MENAKAN AKU)
3. ARWAH ABG DEE (MOHD FAIZAL)
4. POJI MOHD FAUZI)
5. AKU (NUR ATIKAH)
MAK DAN PAK

Gambaq ni diambil semasa majlis penyampaian hadiah masa aku Form 5 dulu. Dari kanan iaitu pak, aku, mak dan kawan rapat aku masa sekolah dulu are-yin(aminazreen).



ABG DUAN DAN POJI + ARIFF (tiba-tiba wujud ditengah,redha je)
Gambaq ni time abg aku (poji) grad. Kat PICC Putrajaya.






KUCING TERSAYANG

Aku tiba-tiba tersnap gambaq dia time dia pose cmni. Aku rs gambaq ni yang paling comel. Tapi sayangnya sekarang ni dia dah tak da. Menurut mak aku, petang tu dia keluaq makan angin, tapi sampai malam xbalik-balik. Huhu. Hibanya aku rasa bila aku talipon mak aku, mak aku kata dia dah hilang. Nak kata orang kidnaped pon buleh jugak aku rasa. Sebab dia ni segak jugak pada pandangan mata aku. Thats all la tentang dia ni.


SITI ZUBIDAH BINTI JAMRUS

Kawan aku yang terbaik dari ladang bila masuk UMP ni. Selain dari rumate merangkap kelasmate aku yang bernama WAN NOR AIN BINTI AWANG LONG(panggilan manja = KOK AIN), kalau ada apa2 masalah, aku rujuk kat Siti Zubidah ni la (atau lebih dikenali dengan panggilan mesra+manja=BROSS).








ANAK-ANAK MENAKAN AKU

Disini ingin aku perkenalkan iaitu 3 orang insan yang aku teramat rindu sekarang. Dari kiri Adriana Najla, Akeef Nu'man, dan yang terakhir Ariff Najmuddin. Nama depa segak-segak belaka. Nak kata gabungan dari nama parents depa pon buleh jadi jugak. Afrohah dan Nasir. Hmm. Kreatif orang zaman sekarang bagi nama anak.
Sebenarnya tak da motif pon. Saja nak bagitau kat hampa semua yang aku dah ada 3 orang anak menakan(anak saudara). Gambaq ni masa tahun 2009 kalau tak silap aku. Kecik-kecik lagi. Tapi la ni mungkin dah besaq. Sebab depa tak dak kat sini. So, aku cuma buleh tengok gambaq depa kat facebook ummi dengan ayah depa ja.

hadirnya insan bernama teman

Hadirnya insan bernama teman untuk menghiburkan hati yang kadang-kadang teramat la rindu kat rumah a.k.a. Home Sick. Dah berzaman rasanya aku xpost something. Tapi sebab nak bersaing dengan sorang makhluk Allah yang baru sahaja menubuhkan blognya yang ntah menarik atau tidak (tunggu dan lihat).
Berbanding dengan makhluk Allah tu yang pandai gila bermain dengan kata-kata tu,nampaknya aku fail la kalau nk lawan dia menulis blog. Tapi xpa. Berbangga lah menjadi diri sendiri. Kalau bukan diri sendiri yang menghargai diri sendiri, siapa lagi yang harus dipertanggungjawabkan?

Sunday, August 8, 2010

Diri ku diburu....AAARRRRGHHHH!!!!!!!!!!!! TENSYEN BTOL!!!

Tuesday, August 3, 2010

suratul baqarah

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakannya dan dia mendapat siksa dari kejahatan yang diperbuatnya. "Ya Tuhan kami janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami janganlah Engkau bebani kami dengan bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak sanggup memikulnya. Maafkanlah kami, ampunkanlah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Pelindung kami, maka tolonglah kami menghadap orang-orang kafir.
Al-Baqarah;286