Sunday, November 6, 2011

100% Muncul Dari Hati Aku



Hola!
Salam Aidiladha buat semua penganut agama islam seluruh dunia.

Seperti biasa, sudah lama tidak ada posting, hari ni, saat ini, detik ini, micro detik ini rasa teringin bercakap mengenai ciri-ciri suami idaman hati! kehkehkeh. Sound macam gatal, gedik nak menikah. But it is reality right. Semua orang mengidamkan pasangan hidup mereka memenuhi kriteria-kriteria yang didambakan oleh sang hati.

Kenapa aku nak bercakap pasal ni? Sebab pejam celik-pejam celik umur semakin meningkat. Tak lama lagi, akan ada sang putera idaman hati yang menaiki kuda belang, memakai kain pelikat, berbaju teluk belanga, memakai spek, datang masuk meminang. Kehkehkeh.. (khayalan semata-mata)

The fact is sebab ramai member-member aku yang seumur dengan aku dah memasuki fasa keberapa ntah dalam kehidupan iaitu alam perkahwinan. Wah! Bunyinya macam excited ja dengaq kawan-kawan sepermainan, sekelas dah jadi bini orang, mak orang, apak orang. Mungkin takdir depa menikah awai kot. Better menikah dari kehulu kehiliaq tanpa sebarang ikatan yang sah. Berdua-duaan. Ingat! Kalau berdua-duaan lelaki perempuan yang bukan mahram, sapa yang ketiga?? haa... Lu pikiaq la senirik!

Kadang-kadang terdetik dalam hati kecil aku, bila la gamak-gamaknya aku nak menikah. Dan persoalan yang paling besar, SAPA LA YANG BAKAL BERGELAR SANG SUAMI AKU?? So, the answer is still the 3 question mark. We never know. Tengok-tengok kawan sekolah yang kena penumbuk dengan kita yang jadi hubby kita. Tak ke pellik tu. Risau jugak. kehkeh. But we never know.

Lets move on to the main point. CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN! kehkehkeh. Ok. Banyak aku baca kat internet ciri-ciri lelaki idaman mesti la GENTLEMAN! Pada perspektif depa, gentleman tu merujuk kepada perbuatan lelaki yang menunjukkan kemachoan diri dengan tulong bukak pintu kereta, tulong pegang beg-beg shoping yang banyaknya sama dengan 3 kontena, yang tulong tarikkan kerusi kat meja makan dan belambak lagi. Tu perspektif, atau sudut pandang kebanyakkan wanita dibumi ni.
But aku, lain sikit la. Tak dinafikan kalau aku dapat suami yang cenggitu pun, mawu 24 jam ja berbunga hati ni. Tapi pada aku, maksud gentleman yang sebenar bila lelaki tu sentiasa menghormati perempuan tu. Tak kisah belum berkahwin ataupon sudah berkahwin. Means kat sini, kalau sebelum berkahwin tu, aku suka lelaki yang menjaga batas-batas pergaulan dengan perempuan yang bukan muhrim dia( actually aku konfius word muhrim and mahram, sory kalu salah guna term). Bukan yang sikit-sikit nak TERsentuh, nak TERpegang tangan, in other word, semua TER la. Fedap aku lelaki cenggitu. Pelempang maw?

Next kriteria, SPECKY man! kehkehkeh. Ni aku pon tak pasti apa reason aku suka lelaki berkaca mata. Memang sejak azali lagi la. Buleh kata semua satu UMP taw aku suka laki pakai spek! Pakai spek yang memang betol-betol rabun la. Bukan sekadar pesen. Kalu pesen, dia tak selalu pakai. Ikot mood. Tak best. So biaq yang betoi-betoi rabun. Walaupon certain orang kata rabun tu separuh dari kecacatan, pada aku, rabun tu yang buat lelaki tu jadi manis. Kahkahkah.

Proceed. LAWAK. Yang ni part paling best. Best kot kalau dapat husband yang pandai buat lawak. Tapi tak mau la yang perkara serius pon nak dijadikan lawak. Tu maknanya mencari maut tu. Aku tikam jugak kang. Orang tengah seriyus, dia dok buat lawak pulak. Awek muda beb! Mana tak nya, hati senantiasa ceria. Boleh menghiburkan hati yang duka(ayat gramatis). Rasulullah pon suka bergurau dengan isteri-isteri baginda. Untuk menghiburkan hati-hati si isteri. So sweet..

TINGGI. Mengikut kadar purata ketinggian seorang wanita, aku ni kategori wanita yang tinggi la. Tu sebab kalau buleh aku nak husband yang tinggi dari aku. Biaq lebih tiga inci setengah pon dari aku. Tak kesah. Sebab aku nak pakai high heel time nak menikah nanti. Kehkehkeh.. Tapi kalau dah ditakdirkan dapat yang kurang tinggi pon aku redha dengan pemberianNya. Ada hikmah tu.

Last but not least, TAK GARANG. Kahkahkah. Seriyau aku kalau dapat laki garang. Tanya sikit, kena makan pelempang. Tanya sikit kena makan penampor. Tak rela hidup cenggitu. Baik bujang sampai ke tua dari asyik kena marah. Ingat la wahai para-para lelaki yang bakal bergelar suami, perempuan ni tak suka kekasaran. Kalau pempuan ada buat salah pon, tegor baik-baik. InsyaAllah, semua akan back to normal. Bak kata pakar motivasi yang suka pakai blazer kaler marler tu(yg selalu kuar hot fm), kalau sang suami tegur lembut2, maw cair sampai kesudah sang isteri tu, and he is exactly true!

Kesemua ciri-ciri yang aku bagi tu nampak gaya macam lahiriah sikit kan. So sebenar-benar kriteria yang paling utama iaitu AD-DIN, agama. Aku tak payah hurai panjang lebaq. Cukup la kalau aku menikah dengan dia, hidup aku makin dekat dengan Allah. Dan semoga aku dididik dan dibimbing untuk mampu menjadi bidadari kepada suami aku di syurga nanti.

Tak semua apa yang kita impikan, kita akan dapat. Mungkin apa yang kita nak, ia adalah buruk untuk kita, dan apa yang kita tak nak tu adalah yang terbaik untuk kita( some verse in Quran, aku tak ingat surah apa). Kita hanya mampu merancang, but the one will make it come true only Allah. Kurangkan agenda mencari yang soleh, tapi tingkatkan amalan untuk menjadi lebih solehah.

Kau permaisuri di hatiku
Di dunia ini kau penghibur
Menjunjung kasih amanah Ilahi
Ku cuba akan terus menyayangi
Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tanganmu oh kasih
Meniti hari

Semoga kita dapat bersama
Sampai kepadanya
Di syurga sana

Tuhan kekalkanlah
Permaisuri hatiku
Untuk menemani
Dalam menggapai cintamu

Hijjaz-Permaisuri hatiku

5 comments:

  1. kalau dpt dak laki pakai spek yg tulong hampa juai jampu kanser tu pn dikira ada hikmah jugak la kan? hahahaha..
    gurau ja na...

    ReplyDelete
  2. hahaha...kok ain, kok ain..kami ni bukannya idaman hati mano2 lelaki..kami wasa, kami kena buat satu bnda yang diluar pemikiran otak logik, contohnya xmakan nasik sebulan ka, rangka jadi kecik ka, baru la ada owg bkenan..untung la hampa ada tengku don! kehkehkeh...

    ReplyDelete
  3. hahaha...gedik sungguh hampa neh! tengku don mana tu? sapa tu? kenai ka? x penah tgok muka pong! haahaha (blushing suda)..xpa tikah, insyaAllah, ada lelaki berspek mata tgh tggu hampa di luar sana..mana tau budak UIA tu ka kan...hak3

    ReplyDelete
  4. ala..tengku don yang nama dia mcm ni, tengku d*n..kami dh fill in the blank...so jd la tengku don..kami wasa tengku don tu muka dia ala2 ramli sarip pakai spek hitam, paihtu jd superhero selamatkn kucing kena dr digelek lori kontena...
    sungguh ka kok ain??dia tgh tggu kami???

    ReplyDelete
  5. haha. memandai ja hampa ni. mana ada pakai spek itam la...biasa2 ja....yang penting kami suka dia..kui3...
    ya la kot, klu hampa kata tengku d*n pakai spek hitam, lelaki yang dok tgh tggu hampa mesti pakai spek xdak cermin, just ada bingkai ja...hohohohoh

    ReplyDelete