Monday, August 1, 2011

Engkau


Wahai engkau yang melumpuhkan hatiku,
Seperti yang engkau tahu, tulisan aku kali ini untuk meluahkan rasa yang aku rasa lebih baik dipendam dari diluahkan. Kerana aku takut, jika aku meluahkan kepada engkau, murka Allah akan datang seiring dengan rasa bahagia yang kita anggap satu rahmat padahal hanya mainan hati yang diketuai iblis.

Tetapi akan aku sabar menunggu tibanya saat dimana segala perasaan yang aku rasa, turut dirasai engkau. Akan aku sabar menanti tibanya waktu dimana Allah menetapkan bahawa aku adalah tulang rusukmu yang hilang.

Tidak aku nafikan perasaan gementarku apabila berhadapan dengan engkau. Aku hanya berlagak normal supaya perasaan aku tidak diketahui engkau. Aku juga takut aku hanya bertepuk sebelah tangan.

Tidak aku nafikan juga perasaan cemburu apabila ada segelintir wanita lain cuba merapatkan diri mereka dengan engkau. Tetapi aku hanya berlagak normal kerana tidak mahu engkau mengesyakki aku.

Walaupun aku diberi peluang menjadi kekasih kepada engkau, aku akan menolak. Kerana aku sedang menunggu peluang menjadi bidadari engkau didunia dan diakhirat nanti.

Perasaan yang wujud bukanlah kerana disebabkan paras rupa engkau, tetapi disebabkan keimanan dan kepatuhan engkau terhadap suruhanNya. Tertariknya aku pada budi pekerti engkau. Tertambatnya hati aku kerana keprihatinan engkau mengenai aku. Engkau lelaki yang menjadi sahabat aku.

Aku tahu, layanan kasar engkau terhadap aku kadang-kadang disengajakan supaya syaitan tidak mudah menghasut hati-hati kita. Engkau cuba mengelak untuk ber'couple', begitu juga aku. Kita melihat kebahagiaan dihati-hati orang yang ber'couple', akan tetapi aku mendoakan supaya kita dilindung walaupun engkau dengan gadis lain.

Walaupun sudah tertulis di luh mahfuz aku bukan pelengkap tulang rusukmu, tetapi aku berdoa agar engkau mendapat pelengkap tulang rusukmu bukan melalui cara ber'couple'. Aku bersyukur kerana Allah telah menitikkan setitik rasa malu dalam diri kita supaya kita dapat mengawal perasaan.

Wahai lelaki yang aku hormati, aku berharap agar aku menjadi pelengkap tulang rusukmu. Namun aku redha jika bukan aku yang akan menjadi bidadari engkau satu hari nanti. Allah telah menetapkan segalanya.

5 comments:

  1. aik kok ain..ni seriyus kami xtipu, kami tulis sendiri..cetusan hati nurani kami...cetusan seorang hamba Allah yg kadang2 teringin utk merasai semua tu..hihi...=p

    ReplyDelete
  2. suka la bace article awk ni nur..keep up da good work ok? do visit our blog too :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete