Thursday, January 26, 2012

Anak-anak kita




( gambaq yang xdak kena mengena dengan post)

Salam petang khamis

Pembuka kata dimulakan Basmallah.

Muqaddimah xtaw sangat nak kata apa. Tapi tema penulisan aku kali ni menjurus kepada ANAK. Ha.. Bedebaq bunyi.

Aku adalah seorang anak, dan dengan izin Allah aku bakal ada anak nanti. So wojib semua orang merasa menjadi anak dan inshaAllah akan dihadirkan kepada hampa anak atau anak-anak.

Awat yang gatai sangat bunyi post kali ni? Sebab instinct keibuan aku nampak gayanya makin meningkat dari hari kehari. Hahaha. Bukan apa, aku dah ada pengalaman mengendalikan 4 orang anak-anak menakan, so sedikit sebanyak aku buleh belajaq mengendalikan kanak-kanak dan bayi-bayi. Walaupon aku ni anak bongsu, tapi mungkin dah takdir Allah nak aku merasa macam mana ada budak-budak kecik disekeliling aku.

Sebagai anak bongsu, masa kecik2 dulu aku takla rasa tertekan macam mana kawan2 aku yang menjalani kehidupan sebagai anak sulung dan kehidupan seorang manusia yang mempunyai adik. Beza woo. Tapi aku bukan la jenis anak yg suka mintak benda2 yang bukan2 kat mak pak aku. Alhamdulillah aku dikurniakan pemikiran yang sentisa memikirkan kemampuan orang lain untuk memenuhi kehendak aku. Makna kata kat sini, aku tak pernah la nak mintak mainan yang harga menyamai sepasang sandle Hawkeye. Paling besaq and paling mahai pon mainan aku harga seekor doremon bersaiz bola sepak yang dibeli dipadang besaq. Tak pernah dapat beruang cap supermarket pon. Mai besaq ni la guna duit seniri yang beli beruang cap supermarket.

Berbalik kepada tajuk utama, anak ni anugerah Allah. Orang kata anak2 ni akan ikut perangai mak pak dia. Makna kata kat sini bukan perangai mak pak dia masa anak ni tengah berada dialam rahim. Tapi semenjak mak apak dia ni mengenal dunia. Kalu dulu mak dia hat jenih suka dok tangkap gambaq muncung mulut, upload masuk FB mungkin nanti anak dia pon jadi lagu tu. Mungkin kalau dulu pak dia hat jenis suka baling getah pemadam kat member masa tengah kelas, besar kemungkinan anak dia pon akan jd lagu tu. Wallahualam.

Kadang2 terpikiaq jugak aku, yang macam dalam gambaq melayu (contoh: kebaya terakhir bapak; TV9; 8.30pm; 25/1/2012), anak2 dia bukan main biadap lagi, siap tendang pak dia keluaq umah, maki hamun pak dia, kata bukan2 kat pak dia, tapi masa flash back pak dia muda2 dulu pak dia ni baik ja. Pak dia suka menjahit. So xdak salah aku rasa orang laki suka menjahit. Bukannya islam mentegah orang laki nak menjahit. Bukan jatuh hukum tetukaq jantina kalau laki suka menjahit selagi mana laki tu masih mengekalkan ciri2 dan sifat2 lelaki kan. Tapi tu mungkin kita xbuleh pakai falsafah yang mengatakan anak2 akan ikut perangai mak apak dia. Kes ni aku rasa bergantung sepenuhnya kepada anak2 tu sendiri. Takkan la hang xreti nak pikiaq. Pak seniri nak buat lagu binatang, oii, binatang pon sayang kat mak pak dia(kecuali kucing, dia melawan pak dia, jgn amek contoh kucing). Mungkin didikan dan asuhan dari mak apak dia beropa nak menyerap kedalam jiwa anak2 tu seniri kot. Wallahualam.

Memandangkan aku pon belum berkahwin and xdak anak lagi, kadang2 aku tepikiaq. Kalau la ditakdirkan satu hari nanti aku diuji Allah dengan kehidupan yang kaya raya, keja baguih, hidup mewah la orang kata, risau jugak anak2 aku nanti terlalu mewah and jadi yang bukan2 (na'uzubillah himinzalik). Tapi la ni aku berusaha sedaya mungkin untuk menjadikan hidup aku senang. Tapi bila pikiaq pasal anak2 nanti, rasa seswai dedahkan depa dengan kehidupan yang sederhana. Aku selalu berdoa hidup aku dikurniakan dengan anak2 yang soleh n solehah dan dikurniakan suami yang mampu bawak aku dan anak2 masuk ke syurga Allah S.W.T. inshaAllah.

Tapi sebagai seorang manusia biasa yang tak mempunyai sifat maksum seperti Rasulullah, kita memang selalu dihasut untuk buat jahat. Selagi mana kita maw betaubat, balik kepangkal jalan, inshaAllah ada jalannya(amek dr lagu maher zain ^_^)

Apa benda aku cakap ni, normal la karangan lari dari tajuk. Memang zaman sekolah dulu selalu jadi lagu ni. Hahaha. Ok lah. Kesimpulan kat sini aku nak habaq, sebagai seorang hamba Allah, seorang khalifah dibumi, sebagai ciptaan yang paling tinggi darjatnya dalam kalangan ciptaan Allah yang lain, balik la kita kepada Pencipta,please turn back to the Creator. Bak kata ustaz hasrizal, kita pi la kemana pon, last sekali kita akan kembali kepada fitrah kita. Makna kata fitrah kita mula2 masa selepas dilahir adalah seorang yang baik, suci. Tapi koi lama kita koi jauh dari fitrah tu. Pakat patah balik naa semua yang sudah menyimpang dari landasan. Pesanan untuk diri aku jugak.

Yang ala2 gurindam orang putih kat bawah ni aku tujukan khas kepada bakal menjadi suami, imam aku nanti ^_^

ive done a lot of mistakes..
ive done many things that im not proud of..

after all im a human..
im definitely not perfect...
im not sin-free...
im not an innocent girl...
i have my own past...
but now im different..
AT LEAST IM TRYING TO BE BETTER..
if you are looking for a perfect girl,
i am not the one...
im sorry

sincerely,
me..

Sekian