Monday, August 15, 2011

tulisan yang xdak motif

Subhanallah...
indahnya alam ciptaan tuhan, tetapi adakah kita pernah duduk seketika dan melihat keindahan yang Allah ciptakan dengan hati yang penuh merendah diri pada kekuasaanNya dalam menciptakan semuanya tanpa bantuan dari siapa pon. Jika kita hendak memikirkan kekuasaan Allah, maka sehingga pecah otak dan kepala kita, kita tidak mampu memikirkan betapa besarnya kekuasaanNya. Walaupun begitu, masih ada segelintir manusia yang masih belum celik akan betapa beratnya azab Allah kerana melakukan pekara-pekara mungkar dibumiNya.

Semalam, sambil aku duduk berbuka puasa dengan mak aku, kami bersembang mengenai kekuasaan Allah dan kejadian Nabi-nabi sebelum Muhammad S.A.W. Kita ummat Nabi Muhammad adalah umat yang pertama akan dihisab diakhirat nanti. Dan amalan pertama yang akan dihisab ialah SOLAT. So wahai teman, sahabat handaiku, amalan pertama yang akan dihisab ialah SOLAT. Bagaimana dengan solat anda?


Aku pernah terbaca dekat satu artikel ni. Disaat kita takut semasa berada didalam kubur kerana kegelapan, akan datang satu cahaya dan dari cahaya itu akan muncul seorang yang sangat indah wajahnya. Dan kita akan bertanya, "siapakah engkau yang memiliki wajah yang sangat indah?" maka dia akan menjawab "aku ialah kalimah-kalimah Allah yang engkau selalu alunkan semasa engkau masih hidup."
Betapa agungnya kalimah-kalimah Allah, dengan kalimah itu jugak la yang akan membantu kita diakhirat nanti. So wahai teman, sahabat handaiku, jom baca Quran Kareem.


Dipetang 15 ramadhan ni, aku tak dak kerja nak buat. Nak tunggu cukup time untuk menggoreng mee. Nak goreng awal-awal tak best. So, lambat-lambatkan sikit. Sementara nak tunggu goreng mee, aku contiang dulu kat sini sat.


Sambil-sambil dok membelek blog kak ipaq aku, aku rasa macam terpanggil ja untuk berkongsi serba sedikit mengenai akak ipaq aku ni. Aku rasa akak ipaq aku ni boleh dijadikan role model kerana ciri-ciri dia yang menepati kehendak syarak, kehendak manusia dan insyaAllah kehendak semua makhluk.kihkih.

Walaupun telah tepat berumur 32 tahun pada 31 Januari hari tu, tapi kecekalan dia dalam menuntut ilmu amat mengkagumkan aku. Yolah, mana taknya, dah ada 3 anak yang masih kecik-kecik tapi sanggup lagi apply pi belajaq luaq negara, (bak kata orang utara ghenyah la nak belajaq sebab anak-anak kecik lagi). Dah la sampai 3 orang. Tu tak termasuk yang baru muncul masa dia tengah dok study tu. Hmm..

Semasa lawatan aku kerumah beliau pada 23 June hari tu, aku dapat tengok sendiri kecekalan dia dalam menuntut ilmu. Dikala anak-anak yang masih kecil, ditambah dengan kehadiran cahaya mata yang baru, tetapi beliau manage to make herself as wife, mother, and student as well. Betapa kentalnya akak ipaq aku ni. Ini baru dinamakan wanita besi. kihkihkih.

Masa aku pi rumah depa, masa tu akak aku baru nak final exam untuk sem 4. 2 paper ja.Masa aku pi tu, akak aku agak sebok la mempersiapkan diri dia dengan exam yang bakal menjelang. Study atas meja makan, satgi kertas, pen anak-anak ambik buat main, orang kata memang tempat study dia memang sangat tak proper la. Tak macam aku yang ada meja study bagai, stationary semua complete la tapi my tang result, huh! hambar....


Ada sekali tu aku tengok akak ipaq aku study sambil meribakan dan menyusukan anak atas lantai. Pehh..aku tengok pon lenguh tulang belakang kot. Tapi masa tu dia dalam bilik dia, aku nak masuk mintak baby tu pon agak segan. Besides, dia tengah breast feeding, takkan aku nak ambik. Satgi gheyau budak tu hingaq pulak mak dia xbuleh nak concentrate study. So aku biaqkan. Tapi aku memang kagum dengan akak ipaq aku, walaupon tak dak proper meja study, malah tak cukup masa sangat pon nak study, tapi tiap-tiap sem 3 pointer keatas. And masa aku pi rumah depa, result untuk final year group project depa dah keluaq. And group dia yang terdiri dari 5 orang kalaw aku xsalah telah mendapat the best group project, and yang paling best ada company yang offer nak beli project tu!dengan nilai berapa hinggit(dalam matawang dollar) tak taw, xsure. Fuh, aku nampak akak aku gumbira tak terkata.


Alhamdulillah, aku nampak anak-anak dia semuanya excellent2 belaka. Ariff(yang sulung) exam year 1 dapat 7A's.wow! aku sekolah rendah dlu pon xpenah dapat sampai 7A. Akeef(second one) pon not bad. Masa aku pi dia tak dapat report kad lagi, tapi yang penting aku nampak dia tu macam bakal jd ustaz insyaAllah (Yang Berbahagia Ustaz Akeef Nu'man bin Mohd Nasir).hehe. Walaupon baru berumur 5 tahun, dah mengaji Quran besaq (muqaddam=quran kecik, Al-Quran=quran besaq). Bagus Akeef. Maksu dulu masuk sekolah rendah baru baca Quran besaq. Adreana Najla (Third one) pon ceghedik dah. Pandai spiking omputih dah. Tapi malu-malu sikit. kalau kita start becakap dulu dengan dia, baru dia go on. Kira ok la tu. Aku tepegun jugak dengan depa 3 bradek. besaq tu dah pandai spiking, loghat pon bukan mcm kita ni dah. Dah jd loghat omputih la(sebut water jadi woDDeeRRR).

Ini semua adalah dari didikan ibu bapa depa yang hebat-hebat. Respect betul kat ummi ayah depa ni. Bijak mendidik anak2. Aku rasa ni berkat dari akak ipaq aku yang rajin dan xhenti-henti baca quran masa mengandungkan depa. Alhamduliillah, aku tgk solat sentiasa dijaga. Aku pon berharap satu hari nanti aku akan mendapat keluarga macam ni juga. Keluarga mawaddah warahmah insyaAllah. Behave diri kita dulu untuk mendapatkan zuriat dan keturunan yang hebat!
Tips keibubapaan: Jaga hubungan anda dengan Allah.

Setakat ini sahaja aku ingin mengarut.

Pesanan dari aku dan untuk aku: the maksu to four adorable kids.

Monday, August 1, 2011

Engkau


Wahai engkau yang melumpuhkan hatiku,
Seperti yang engkau tahu, tulisan aku kali ini untuk meluahkan rasa yang aku rasa lebih baik dipendam dari diluahkan. Kerana aku takut, jika aku meluahkan kepada engkau, murka Allah akan datang seiring dengan rasa bahagia yang kita anggap satu rahmat padahal hanya mainan hati yang diketuai iblis.

Tetapi akan aku sabar menunggu tibanya saat dimana segala perasaan yang aku rasa, turut dirasai engkau. Akan aku sabar menanti tibanya waktu dimana Allah menetapkan bahawa aku adalah tulang rusukmu yang hilang.

Tidak aku nafikan perasaan gementarku apabila berhadapan dengan engkau. Aku hanya berlagak normal supaya perasaan aku tidak diketahui engkau. Aku juga takut aku hanya bertepuk sebelah tangan.

Tidak aku nafikan juga perasaan cemburu apabila ada segelintir wanita lain cuba merapatkan diri mereka dengan engkau. Tetapi aku hanya berlagak normal kerana tidak mahu engkau mengesyakki aku.

Walaupun aku diberi peluang menjadi kekasih kepada engkau, aku akan menolak. Kerana aku sedang menunggu peluang menjadi bidadari engkau didunia dan diakhirat nanti.

Perasaan yang wujud bukanlah kerana disebabkan paras rupa engkau, tetapi disebabkan keimanan dan kepatuhan engkau terhadap suruhanNya. Tertariknya aku pada budi pekerti engkau. Tertambatnya hati aku kerana keprihatinan engkau mengenai aku. Engkau lelaki yang menjadi sahabat aku.

Aku tahu, layanan kasar engkau terhadap aku kadang-kadang disengajakan supaya syaitan tidak mudah menghasut hati-hati kita. Engkau cuba mengelak untuk ber'couple', begitu juga aku. Kita melihat kebahagiaan dihati-hati orang yang ber'couple', akan tetapi aku mendoakan supaya kita dilindung walaupun engkau dengan gadis lain.

Walaupun sudah tertulis di luh mahfuz aku bukan pelengkap tulang rusukmu, tetapi aku berdoa agar engkau mendapat pelengkap tulang rusukmu bukan melalui cara ber'couple'. Aku bersyukur kerana Allah telah menitikkan setitik rasa malu dalam diri kita supaya kita dapat mengawal perasaan.

Wahai lelaki yang aku hormati, aku berharap agar aku menjadi pelengkap tulang rusukmu. Namun aku redha jika bukan aku yang akan menjadi bidadari engkau satu hari nanti. Allah telah menetapkan segalanya.