Monday, May 9, 2011

Kasih Sayang Allah



Tatkala idea menjengah diminda, jari jemari mula rancak menaip diatas papan kekunci.
Aha!

Hanya manusia yang mampu menerima tanggungjawab yang diberikan Allah untuk menjadi Khalifah dibumiNya. Tidak ada makhluk ciptaanNya yang berani dan mampu menanggung tanggungjawab ini. Itu lah istimewanya manusia yang dikurniakan akal dan fikiran. Tetapi seingkali manusia lupa akan nikmat yang dikurniakan. Terlalu banyak nikmat yang telah dikecap semenjak lahirnya kita kedunia ini. Nikmat Islam yang utama. Nikmat mempunyai pancaindera yang sempurna, nikmat rezeki, nikmat perasaan, nikmat dapat menghirup udara dibumi Allah ini, nikmat kasih sayang. Mungkin kita tidak sehebat para anbia sebelum ini yang mengabdikan diri kepada Allah dengan amal ibadat yang begitu khusyuk, begitu tulusnya kerana cintanya mereka kepada pencipta mereka, tetapi cuba lah sedaya upaya untuk menjadi muslim yang mampu membanggakan islam dengan membawa nama islam keseluruh pelosok dunia dengan pekerti dan akhlak yang mulia. Terlalu banyak maksiat yang dilakukan oleh manusia diatas muka bumi Allah, tetapi Allah itu maha penyayang lagi maha pengampun. Walau dosa setinggi gunung, selagi hamba Allah itu mahu bertaubat dan kembali kepada pencipta, maka keampunan dan nikmat syurga dijanji Allah.

Pengharapan cinta kepada manusia tidak menjamin kita akan mendapat cinta sejati. Cinta sejati hanya milik Dia yang maha esa. Semakin kita mengharap kepada cintaNya, semakin banyak cintaNya untuk kita. Namun bukan bermakna kita tidak memerlukan cinta manusia. Itu adalah fitrah manusia yang menginginkan rasa cinta dari manusia lain. Berdoalah semoga cinta manusia itu mebimbing kita menuju kepada cintaNya. Bukan hanya cinta semata-mata cinta yang mengikut telunjuk nafsu.

Setiap manusia mempunyai sejarahnya tersendiri. Setiap manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Setiap kesilapan jika diakhiri dengan penyesalan dengan taubat nasuha adalah lebih baik dari menganggap diri tidak pernah melakukan dosa. Biarlah jika kita tidak mendapat kasih sayang manusia, kita masih ada Allah. Tetapi jika kita pentingkan kasih sayang manusia dan membiarkan kasih sayang Allah ditempat kedua, maka kita lah manusia yang rugi.