Thursday, March 31, 2011

Kepada yang mencari jodoh ^_^

“Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.

Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu Ya Allah, terbaik buat agamaku Ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat Ya Allah, maka aku memohon kepadaMu YaAllah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu Ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu Ya Allah, pasti terbaik buat diriku Ya Allah.

Namun Ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba YaAllah, maka Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku Ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku Ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, Ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manfaat, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku Ya Allah. Amin

Dicopy dari:

http://akuislam.com/blog/renungan/diatas-hamparan-sejadah-istikarah-cinta/

seseorang itu betul-betul ikhlas menyayangi kita jika dia mengajak kita melakukan amar ma'ruf nahi munkar. Tak kisah ibu bapa, sahabat handai, guru-guru mahupun jodoh kita.
Renung-renungkan sapa jodoh kita~~~heehee...

Friday, March 11, 2011

Menghindari Marah

11 Tips Menghindari Marah

IMAM Syafie ada menegaskan: “Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”

Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu:

1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.

2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.

3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.

5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.

6. Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca istighfar kerana marah itu datang daripada syaitan.

7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

8. Jika marah tidak dapat hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.

9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?

10. Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur secara baik.

11. Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mula reda.

reference: perbaiki amalan dan ibadat anda punya blog. The author's name was not included. So i dont know.

Friday, March 4, 2011

I'M NOT FAT




I'M NOT FAT!

Just have a little bit extra flesh.hahaha..flesh?? maksud dalam bahasa melayu: isi.

aku xgemuk la. Berisi ja..hahaha..xmengaku..

entry kali ni aku rasa nak bercakap pasal keharusan menjaga kesihatan badan.
BEAR IN MIND THAT SLIM IS JUST NOT ONLY FOR "CUN". BUT FOR HEALTH.




Sapa yang nak jadi gemuk kan. Semua orang nak kurus. Tapi apakan daya. Sesetengah manusia sejak dilahirkan lagi telah menjadi seorang manusia yang sihat.

Secara purata, berat kanak2 yang baru dilahirkan dalam lingkungan 2.5~2.8. Tapi aku?? hahaha..sihat lebih sikit.. 3.2KG sewaktu lepas dilahirkan. So, jangan salahkan ibu mengandung. Dia nak anak dia sehat and comel la tu..






Tgk gambar bawah ni. Comel kalau chubby dikala kanak2 atau bebi2..



Tengok bila dah besar jadi macam mana...wahh...nauzubillah...





TAPI!










KURUS MACAM NI NAK KE???




MACAM NI???







Sudah tentu kita xmaw kan..Kita nak berat badan yang ideal. So, in order to accomplish the mission, there MUST BE & COMPULSARY to have an EFFORT to achieve that.



Ni salah 1 nya. Makan fitnesse cereal.


SEBABNYA??

makan sikit pon kenyang dah..
tgk mangkok kat atas tu. kecik ja. yang penting, makan dgn susu yang LOW FAT. bukan FULL CREAM!





DITAMBAH dengan JOGGING.




and strictly SAY NO TO "AIS"



dan FOLLOW PYRAMID MAKANAN ni...




HASILNYA....
jadi macam gambaw kat bawah ni...

slim ja...
pinggang macam kerengga...
hihihi...






Berat badan berlebihan ni xbaguih sebab kesihatan kita akan terjejas. Selain dari tu sebab susah untuk kita lakukan aktiviti fizikal lain..


so.JOM KURUS!!

walaupun effort anda hanya menunjukkan hasil dibahagian ibu jari kaki jew yang turun kerana hanya turun
200g, TAPI!! jangan putus asa la..

BEST OF LUCK!

JOM SEHAT UMPians...