Saturday, January 29, 2011

Cuti Menjelma

Jam dilaptop menunjukkan pukul 8.00pm tepat ketika aku menulis entry ni. Maknanya lagi sejam bas aku, Konsortium Bas Ekspress akan bertolak dari Terminal Makmur menuju ke UMP Gambang. Dalam perhitungan aku pukul 9.40 pm atau 10.00pm baru bas aku sampai. So sempat la sembahyang isya' dulu yang dijangka akan berkumandangnya azan isya' pada pukul 8.34pm. Itu dah menjadi norma kehidupan aku. So tengah boring-boring tak tau nak buat apa ni aku mengambil keputusan untuk menge'post' satu entry pendek kali ni. Saja la galak-galak. Cemuih dok sorang-sorang kat bilik ni rupanya.

Esok pagi sampai kat Butterworth, aku akan dipungut oleh pak bersama mak aku. Kemudian akan pi brekfast kat Subaidah Nasi Kandar. Macam tu la rutin aku setiap kali aku balik, kecuali bulan puasa dak la. Sambil breakfast aku akan mula bercerita pasai kehidupan aku sepanjang berada di UMP. Mak dan pak aku tak pernah cemuih dengaq cerita aku. Siap ada Q & A lagi. Baguih mak pak aku ni...=)

Sekian, Assalam...
Happy Holiday to All My Friends
Dont forget there will be so many test after this holiday.
Bring back all the books.




Thursday, January 27, 2011

Renungan Petang Khamis

Makna Bacaan Ketika Duduk di Antara Dua Sujud

Ya Allah, ampunilah daku (rabbighfirlii). Li = bagiku
Rahmatilah daku (warhamnii),
kayakan daku (wajburnii),
angkatlah darjatku (warfa'nii),
rezekikan daku (warzuqni),
berilah aku hidayah (wahdini),
sihatkanlah daku dan (wa'aafinii)
maafkanlah akan daku (wa'fu 'annii).



wa = dan
nii = aku

Fe'el (verb) dlm ayat di atas adalah jenis Amar = perintah.
Bukan lah maksud kita perintahkan Allah, mcm dia perintahkan kita, tapi kita mintak dia berikan kpd kita.
Berdoalah dengan penuh 'humble' dihadapanNya

ALLAH S.W.T sbnrnya MENJAWAB setiap ayat di dlm surah Al-Fatihah yg kita baca ketika solat...DAN INILAH JAWAPAN ALLAH SETIAP KALI HAMBA-HAMBANYA MEMUJINYA DI DALAM SOLAT.....

Saya bawakan riwayat Muslim 3/94, hadis no 904

Bismillahirrahmanirrahim

« قَالَ اللَّهُ تَعَالَى قَسَمْتُ الصَّلاَةَ بَيْنِى وَبَيْنَ عَبْدِى نِصْفَيْنِ وَلِعَبْدِى مَا سَأَلَ فَإِذَا قَالَ الْعَبْدُ ( الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ). قَالَ اللَّهُ تَعَالَى حَمِدَنِى عَبْدِى وَإِذَا قَالَ (الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ). قَالَ اللَّهُ تَعَالَى أَثْنَى عَلَىَّ عَبْدِى. وَإِذَا قَالَ (مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ). قَالَ مَجَّدَنِى عَبْدِى - وَقَالَ مَرَّةً فَوَّضَ إِلَىَّ عَبْدِى - فَإِذَا قَالَ (إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ). قَالَ هَذَا بَيْنِى وَبَيْنَ عَبْدِى وَلِعَبْدِى مَا سَأَلَ. فَإِذَا قَالَ (اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ ). قَالَ هَذَا لِعَبْدِى وَلِعَبْدِى مَا سَأَلَ »

"Allah berfirman : Aku telah membahagikan solat antaraku dan antara hambaku dua bahagian. Dan bagi hambaku apa ia pinta. Maka apabila hamba berkata (Alhamdulillahirabbil alamin). Allah Taala menjawab : Hambaku memujiku. Dan apabila ia berkata (Arrahmanirrahim) Allah berfirman : Hambaku telah memuja muji ke atasku. Dan apabila ia berkata (Malikiyaumiddin), Allah menjawab : hambaku memuliakan aku -dan ia berkata hambaku menyerahkan kepadaku- Dan apabila dia berkata (Iyyakana'budu wa iyyakanasta'in) Dia berfirman "Ini diantaraku dan antara hambaKu, dan untuk hambaKu apa yang ia pinta". Dan apabila ia membaca (Ihdinassirotolmustaqim..........waladdollin) Maka Allah menjawab. Ini adalah untuk hambaku, dan baginya apa yang ia minta.

maka,janganlh kita trgopoh-gapah mmbaca surah yg mnjd komunikasi antara kita dgn ALLAH ini...semoga solat yg kita lakukan selepas akan lebih khusyuk..insyaALLAH..


Saturday, January 22, 2011

Tips Belajar

Semoga kita cemerlang dunia akhirat.



boystudy

  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

    • kita ingat 10 % apayang dibaca
    • kita ingat 20% apa yang didengar
    • kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

    …Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya….

  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    • pastikan cahaya adalah terang
    • kurangkan gangguan bunyi
    • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    • kerusi dan meja menghadap kiblat
    • jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    • memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    • mengingat kembali (recall)
    • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    • memberikan tumpuan sepanuhnya
    • menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji
    • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    • siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna
    • duduk tegak dikerusi yang selesa
    • baca doa penerang hati
    • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    • fikir dan ingat kembali isi utama
    • catat/lakar
    • semak semula ketepatan maklumat
    • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    • buat rumusan
    • jawab soalan
    • tampal maklumat yang rumit di dinding
    • baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    • jangan makan kepala ikan
    • jangan makan organ dalaman
    • jangan minum semasa makan
    • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    • jangan melihat kemaluan
    • jangan melihat buih
    • jangan membaca nama pada batu nisan
    • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    • banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    • banyakkan makan kekacang
    • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    • jangan makan sehingga terlalu kenyang
    • jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    • tampal nota-nota penting di dinding
    • tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    • gunakan kaedah akronim
    • reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    • pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    • mempunyai jadual belajar
    • patuh kepada jadual
    • buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    • taat kepada Allah
    • mendirikan sembahyang
    • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    • hormati & sayangi guru
    • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    • membantu rakan yang memerlukan
    • berdoa dan bersyukur kepada Allah
    • sentiasa bertawakal
    • mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.

By Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah


Monday, January 17, 2011

Sedikit Sebanyak Gambar Poyo di KL

Entry kali ni aku takkan gunakan bahasa yang puitis,tragis mahupun sinis dah. Kali ni cuma nak bercerita sedikit sebanyak tentang 'outing' aku ke Kuala Lumpur.

Selain itu, tujuan aku me'upload' gambar-gambar ni kat blog sebab aku malas upload kat FB dek kerana nanti album ni akan timbul di dinding-dinding FB sahabat-sahabat aku. Bosan sebab nanti menjadi tumpuan ramai. Kat blog ni sapa ja yang nak tengok. Ada la 2 3 kerat seperti Kok Ain, Berusss dan Magomedov.






Terasa seperti sendi kaki aku hendak tercabut dari tempat asalnya. Terpaksa berhenti menghilangkan lelah di kaki.


Segaknya kasut Dr Cardin aku....(nak menunjuk)

Spek mata beross yang gedabak yang mampu dijadikan side mirror kereta.








Alat mekap jenama MAC yang palsu. Kalau pakai ni bukan bertambah segak, mungkin lebih teruk dari momok. Bagi 'kaki mekap' mungkin satu kepuasan dapat membeli semua alat mekap ni. Bagi aku sementara waktu ni, ia cuma 1 pembaziran kerana membeli kaler2 yang hendak diconteng ke muka.


Bazar Jalan Masjid India sesak dek kerana terlalu ramai pedistrian. Aku penah my dah kat sini dengan Kak Afrohah(kak ipaq) suatu masa dahulu.


Makhluk hijau diatas ialah orang yang bertanggungjawab membawa aku dan berosss datang ke KL.



Terdapat banyak kedai menjual saree dan barang kemas. Rasa macam kena beli sepasang la saree. Hadiah untuk Thaipusam yang bakal menjelang tak lama lagi. (hadiah untuk sapa?? Tanya Kok Ain atau Magomedov)

Tangga yang menghubungkan antara ruang utama rumah ni dan tempat aku dan beross berteduh dari hujan dan panas, mahupun dari sinaran terik sang suria dan cahaya sang rembulan.


Apa-apa pon nasi lemak mak Mira memang terbaek. Kalau buat meniaga kat KK4 ni konfem aku yang beli.
Penghargaan yang tak terhingga juga ditujukan kepada Mira selaku tuan rumah dan kepada ibu dan bapanya yang memberi layanan first class kat aku dan beross walaupun tidak dipinta layanan sebaik itu.

Kepada sesiapa yang berkesempatan untuk shoping ke Jalan Masjid India jangan lepaskan peluang untuk singgah semayang di Masjid India. Terutamanya semayang jumaat. Khutbah yang disampaikan dalam bahasa tamil (according to my brother).

Wallahualam
Ma'assalamah wa ilal liqaq

Saturday, January 15, 2011

Tragedi 14/1/11

Tanggal 14 JANUARI 2011 dengan keadaan aku yang mengantuk seperti ini


Diheret ke HTAA. Menunggu tibanya giliran SITI ZUBIDAH JAMRUS untuk dirawat sebagai pesakit luar yang nampak dari gayanya sihat sejahtera.




Kehadiran Mohamad Norzuhri dan Mohd Hanafi sebagai peneman kepada aku dan Siti Zubidah. Lebih kurang sejam lebih menunggu tibanya giliran Siti Zubidah, Mohamad Norzuhri mengambil keputusan untuk menyediakan meja dan kerusi dihadapan tandas untuk mendapatkan sedikit pendapatan sampingan.
Jelas dari riak wajah dan tingkah laku mereka berdua yang sedang berperang dengan emosi masing-masing yang memikirkan adakah 'GELAIH BESAQ' dah tutup atau belum.



Lagaknya seperti seorang lelaki yang bakal menerima kelahiran cahaya mata yang pertama. Sedang rakan baiknya yang berbaju merah sedang menelefon ibu si wanita yang sedang bertarung nyawa didalam bilik berpintu bewarna biru.


Hatinya bertambah resah bila sudah hampir sejam setengah masih tidak mendapat berita tentang isterinya didalam bilik berpintu biru. Sengaja disumbatkan 'earphone' kedalam telinga untuk menenagkan hati yang gundah gulana. Rakan baik berbaju merah tidak dapat berbuat apa-apa selain menunggu ketibaan doktor dimuka pintu. Ingin tahu siapakah wanita yang sedang bertarung nyawa didalam?? Dialah N_,_,_,_,_,A


Keadaan sekeliling hospital yang sibuk walaupun jam menunjukkan pukul 12 tengah malam.

Inilah pesakit sebenar dalam cerita ni. Lagaknya macam cedera parah kerana meminta dirinya dihantar ke hospital. Tetapi melihat kepada keadaan dirinya, seorang yang bahagia dan mampu driving lagi aku rasa. Gambar dibawah hanya lakonan semata-mata kerana ingin wajah ini diuploadkan kedalam blog.

Pulangnya ke UMP berlakunya tragedi yang lain. ~~~~
Wallahualam~~~

Tuesday, January 11, 2011

Aku Tetap Aku

AKU TETAP AKU, TIADA LAIN MELAINKAN AKU



Hidup tidak selalunya indah. Kadang-kadang hidup dilimpahi dengan nikmat dari Allah. Tapi bila Allah turunkan bala, kita mengeluh. Itu lah manusia. Leka dengan nikmat, merungut dengan ujian.
Sedikit renungan yang lintas dalam benak aku malam ni.

Tak tahu nak cakap apa dimalam yang hening,kedengaran sautan cengkerik dan ungas bersahut-sahutan. Disebalik tirai malam kedengaran deruman enjin lori dan bas diatas lebuhraya yang menghubungkan Gambang dengan negeri-negeri pantai timur yang lain.

Melihat setiap orang ahli bilik aku yang masing-masing sibuk dengan tugas harian mereka, bermain game dilaptop masing-masing. Sedangkan aku buntu untuk berbicara. Terasa ingin meluahkan sesuatu,tapi tidak tahu apa yang harus disampaikan.

Dentuman muzik yang mampu memecahkan gegendang telinga merupakan rutin harian aku setiap masa. Sehinggakan Kok Ain mampu mendengarnya walaupun dipisahkan dengan jarak lebih kurang setengah meter.

Apa yang bakal terjadi dengan dunia pada esok hari? Mungkin akan ada manusia yang akan pergi menoreh getah mencari rezeki yang halal, mungkin ada budak sekolah yang tak sabar-sabar nak pergi sekolah kerana terlalu 'excited' untuk belajar subjek Kajian Tempatan, semuanya telah direncanakan Allah S.W.T.

Aku seorang yang kalut, gopoh, kecoh. Itulah pengakuan berani mati oleh teman rapat aku seperti Siti Zubidah, Wan Norain dan Mohamad Norzuhri. Walau apa pun aku tetap aku. Menceriakan hari dengan gelak ketawa. Hidup terasa sunyi tanpa gurau senda yang menggeletek perut. Terasa berada dibawah pengawasan askar-askar Israel jika sehari tanpa gelak ketawa bersama teman-teman rapatku. Tetapi harus diingat, tidak boleh terlalu seronok. Biar berpada. Menjadi bahan ketawa kakak-kakak bilik aku menjadi satu lumrah hidup aku. Tetapi aku seronok kerana mampu mengukir senyuman dibibir orang lain.

Walau macam mana pon aku, aku tetap aku. Itu lah aku dan sememangnya aku ialah aku tiada lain selain aku.


Medambakan seorang teman hidup yang boleh menerima aku sebagaimana aku. Yang mampu menjadikan aku seorang hamba Allah yang sentiasa rindukan dan mengharapakan cintaNya lebih dari cinta manusia. Tidak perlu memiliki wajah seindah Nabi Yusuf, cukup sekadar tenang mata memandang. Tidak hanya lelaki yang ingin memiliki wanita yang sejuk mata memandang, begitu juga dambaan seorang wanita mengidamkan yang sama. Tidak perlu terlalu kaya, takut akan timbul riak dan sombong dihati, cukup sekadar hidup tidak merempat agar tidak menyusahkan orang lain. Memiliki akhlak semulia Rasulullah S.A.W. mungkin sukar dicari. Tetapi cukup jika tidak melanggar larangan Allah dan mengerjakan perintahNya. Mudah-mudahan dipertemukan dengan jodoh dari Allah.

Menggemari gambaq melayu, gambaq ngeri ialah aku. Tidak dinafikan terasa lembut lutut jika berhadapan dengan situasi sebenar jika cerita-cerita ngeri itu terjadi dihadapan mata. Tetapi aku rasakan terlalu suka melihat gambar-gambar dan cerita yang lain dari yang lain.

Akhir kata, ibu dan bapaku adalah insan teristimewa dalam hidup aku. Tidak dapat digambarkan hidup tanpa mereka. Tetapi mati itu pasti. Itu adalah janji Maha Pencipta. Terkadang teringat kembali memori indah aku bersama arwah Abg Dee. Harapan aku agar dipertemukan dengan insan-insan yang aku sayangi di syurgaNya nanti. Amin ya Rabb..

Monday, January 10, 2011

Funny Images






















Ditujukan khas kepada semua orang bergelar manusia...
Kadang2 make sense jugak la walaupun hakikat dia salah..
So, SELAMAT MAJU JAYA!!!