Tuesday, April 5, 2011

Insan tersayang dikiri kanan dan didepan belakangmu

Hari ni, minggu ni, saat ni, serius busy sungguh. Tak kesah la busy dengan test la, assignment la, kuiz la, integrated project, kerja sekolah, kerja universiti, kerja rumah, nak basuh baju, wahh...banyak sungguh keja sebenarnya. Tapi sempat lagi dok menulis kat sini. Ni semua dapat inspirasi dari salah satu idola aku iaitu kakak ipar aku yang aku anggap macam akak sendiri dah sebab tak pernah ada akak.

Hari ni sebenarnya rasa bersemangat nak pi kelas. Tak taw la mai dari mana semua semangat-semangat ni. Aku rasa mungkin awal-awal pagi, subuh-subuh dah dengar suara mak aku yang kejut aku semayang subuh. Hihihi.. Pelik kan. Dok hostel, but still mak yg gerak solat subuh. Hihi.. nak buat macam mana. Gila liat nak bangun. Terpaksa mintak servis dari mak tersayang untuk aku mengerjakan kewajipan ni. Ok. Back to our bussines, kali ni aku nak cerita pasal Faedah yang aku rasa sangat bernilai yang aku dapat hari ni.

Pukul 10.40 pagi, get ready nak pi kelas tutorial CRE(chemical reaction engineering 1). Mulanya rasa macam seronok nak pi. Tapi bila dikenangkan balik nasib test CRE semalam, hancur, luluh hati rasanya nak pi kelas CRE. Sebabnya aku rasa aku dah mengecewakan perasaan Dr Maksudur bin Rahman Khan. Apa benda yang aku jawab semalam aku pon tataw la. Ikut suka hati aku ja aku derive equation. Tup-tup dapat hasil yang amat aneh sekali. Tak pernah aku jumpa equation cenggitu masa belajar dgn Dr Maksudur. Hihi.. nampak sangat pemikiran budak engineering ni sangat kreatif. (poyo sikit).

Baik, berbalik kepada hal yang sebenarnya aku nak kongsi dengan semua orang. "As a student, you have the right to be wrong". Hihi. Aku suka statement ni. Tapi agak-agak la ada hak nak salah pun. Ni dah 15.9 kali ajaq dok salah jugak memang nak kena lempang la. But benda yang paling penting yang aku belajar dari kelas Dr Maksudur tadi, kita kena yakin apa yang kita buat, kena sentiasa motivate diri. Sebagai student engineering, aku rasa memang patut Allah anugerahkan Dr Maksudur kat UMP ni, more specified Allah anugerahkan kat budak-budak K31 dan K32. He was a very good teacher and motivater. Ilmu yang dia bagi, sememangnya aku dapat rasakan begitu ikhlas dan dia mengajar semata-mata kerana ilmu and prepared us to become an engineer.

Mungkin sekarang ni apa yang dia kata kita tak nampak sangat. Mungkin 8 atau 9 tahun dari sekarang, kita akan ingat apa yang pernah dia kata. Sememangnya jasa seorang guru bukan saja mengajar seseorang menjadi apa yang kita nak jadi tapi depa didik kita macam mana nak jadi seorang manusia yang berguna.

Mak ayah kita jugak pendidik kita. Depa lagi la. Didik dari besaq tapak tangan sampai besaq tong drum. Yes, depa tak ajaq kita macam mana nak jadi seorang engineer, tapi depa ajaq kita untuk jadi seorang engineer yang bukan sekadar engineer, but engineer yang sentiasa appreciate anugerah Allah yang belambak-lambak. Subhanallah... Peghenah dak kita ingat jasa mak pak kita yang bersusah payah hantaq kita pi sekolah zaman kecik-kecik dulu. Punya nak kita ni belajaq, depa sanggup pi hantaq bagi lepas dari rumah cina yang ada anjing, sebab dulu-dulu pi sekolah naik basikal. So pagi-pagi kena lalu depan rumah cina yang ada anjing, tapi mak pak kita sanggup pi teman bawak batu sebijik dua kat tangan nak pastikan yang anjing tu xkacaw anak dia nak pi sekolah. Ni tambah kalau time hujan, Pak kita sanggup pi keja lambat, semata-mata nak hantaq anak dia pi sekolah supaya baju sekolah anak dia tak basah. Time basikal tayar pancit pulak...Pak kita lambat lagi pi keja semata-mata nak anak dia sampai sekolah dengan selamat and nak pastikan anak dia tak temengah-mengah nak sampai sekolah sebab bejalan kaki. Ish. Tu tak kira bab belanja duit lagi tu. Subhanallah... Sememangnya jasa depa takkan mampu kita balas setimpal apa yang depa dah buat kat kita.

Sebagai parents, benda yang paling diharapkan depa kat anak-anak depa cuma nak tengok anak depa berjaya dan tak lupa jasa depa. Dan yang paling penting depa harapkan dapat anak-anak yang soleh n solehah untuk depa bersenang hati bila jumpa Allah nanti. So kita sebagai anak-anak yang kenang jasa mak pak kita yang infiniti bilangannya, doakan lah untuk mak pak kita. Senang ja doa dia.. Ya Allah ya Tuhanku, Kau Ampunilah Dosa kedua-dua orang Ibu dan Bapaku dan Kau sayangilah Mereka Sepertimana Mereka Menyayangi Aku Semenjak Dari aku Kecil Sehingga Dewasa.

To my Mak and to my Pak, I DO REALLY-REALLY LOVES BOTH OF YOU. There are no word to express my thanks and my love to both of you. Only Allah can pay you my lovely, my dear, my sweetheart MAK and PAK. And to my All TEACHERS, thanks for your valuable kindness, your "knowledge transfer", your motivation.











2 comments: