Friday, April 8, 2011

Hubungkait kehidupan seorang muslim dan kejuruteraan kimia

Jiwa kini meronta-ronta ibarat zarah-zarah air yang bergerak bebas dek kerana dikenakan kepanasan sebanyak 100 degree celcius. Terlalu banyak benda yang beratur mengikut urutan ibarat unsur-unsur dalam jadual berkala tersusun rapi mengikut jisim zarah-zarahnya pada kumpulan halogen. Tetapi banyak juga perkara yang telah berjaya diselesaikan umpama beberapa mol reactant yang masuk kedalam packed bed reactor dan melalui proses exothermic yang menghasilkan nilai conversion sebanyak 78%.

Tetapi aku sedikit kecewa kerana terdapat error sepanjang proses conversion berjalan. Hampir 22% bahan-bahan reactant yang digunakan tidak mampu diconvertkan menjadi desired product. Tapi itu merupakan lumrah alam dan juga norma kehidupan yang tidak mungkin reactant akan bertukar kepada product sebanyak 100%. Sehebat mana pon reactor itu, tak mungkin dia akan mengalami 100% conversion, paling hebat pon mungkin 98%. Mungkin disebabkan heat loss yang berlaku sepanjang proses dan terdapat error-error lain. Tetapi! harus diingat, mungkin 2% reactant yang tak berjaya ditukar menjadi desired product akan menjadi by product yang memberi faedah kepada sekeliling seperti by product dari proses pembakaran yang lengkap akan menjadi carbon dioxide yang berguna untuk tumbuh-tumbuhan untuk bernyawa.Begitu juga dikaitkan dengan kehidupan manusia. Telah tertulis di lauh mahfudz segala kejadian yang bakal jadi ataupun yang dah lama jadi. Setiap kejadian walaupun kita tidak suka, tetapi ia adalah yang terbaik untuk kita.

Kadangkala diri menjadi begitu tension seperti wayar ditiang elektrik pada suhu panas yang ketegangannya bertambah apabila suhu bertambah. Untuk menghadapi ketensionan ini, kita harus bijak memilih jalan yang betul antara ingin menggunakan nilai K = 1.0 ataupon K not equal to 0. Hal ini kerana, jika kita tersalah langkah dalam membuat pilihan, ia akan mengundang kemurkaan Allah sehingga hidup kita tidak diberkati olehNya. Dalam erti kata lain kita harus bijak mengimbangi kadar ketensionan dan kadar kekenduran, seperti juga yang diperlukan oleh setiap proses berlaku yang memerlukan keseimbangan, jika tidak, mungkin akan berlaku kecelakaan seperti reactor tank meletup dan sebagainya.

Sebagai seorang hamba Allah yang ingin dikasihi oleh Allah, kita mestilah seimbang dari segi lahiriah wa batiniyyah seperti mass and energy balance yang syarat utamanya input=output. Apa yang diberi makan pada jasmani, harus juga diberi makan pada rohani. Supaya tak berlaku leakage dimana-mana bahagian. Ingin menjadi seorang manusia berjaya juga mesti mencari nilai maximum point kerana sebagai hamba Allah kita diminta memaximum segala benda yang memberikan manfaat kepada kita. Tidak menjadi persoalan untuk menggunakan kaedah apa pon sepeti golden section method ataupon gradient method dalam hal ini kerana setiap kaedah itu akan membawa kepada hasil yang sama iaitu mendapat kan hasil yang maximum dan ingin mengurangkan kadar peratusan error.

Apa pun, sebagai muslim, kita harus meredhai setiap kejadian dan menerima segala takdir yang telah ditetapkan kepada kita. Sebelum menyerahkan kepada takdir, kita juga diminta berusaha seperti kita ingin mengurangkan nilai activation energy, kita menambahkan catalyst untuk melalui energy barrier itu untuk mencapai kepada product. Catalyst itu diibaratkan sebagai usaha kita manakala activation energy itu ibarat halangan yang harus kita tempuhi.

Sekian,
setakat ini sahaja hubungkait antara hidup seorang muslim dan kejuruteraan kimia.
hihi...
p/s: sesapa yang cerdik tu, tolong betolkan fakta-fakta kimia yang telah diselewengkan oleh aku.



2 comments: